berita

Baru Umum Cerai, Peminat Dakwa Amir Khan Bakal Kahwini Fatima Sana?

July 8th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon terkenal Bollywood iaitu Amir Khan telah mendirikan rumah tangga bersama Kiran Rao selama hampir 16 tahun. Namun, rumah tangga pasangan ini tidak bertahan lama apabila mereka telah sah bercerai. Malah, peminat mengaitkan punca perceraian pelakon terkenal itu adalah disebabkan  dia menjalin hubungan dengan seorang aktres wanita India.

Dituduh jadi orang ketiga

Kredit foto: HITC

Memetik laporan Newstracklife, nama pelakon Fatima Sana Shaikh dilihat menjadi trending di laman Twitter apabila Amir Khan mengumumkan berita penceraiannya bersama Kira Rao. Pelakon berusia 26 tahun itu merupakan heroin yang membintangi filem Dangal pada tahun 2016 bersama Amir Khan.

Tidak hanya dituduh menjadi punca penceraian dan orang ketiga dalam rumah tangga mereka, malah, ada segelintir netizen mendakwa Amir Khan akan berkahwin dengan Fatima Sana.

Isteri tidak suka gandingan mereka

Kredit foto: JK Newsline

Hubungan kedua-dua pelakon ini mula dihidu peminat industri Bollywood selepas terbabit dalam filem Dangal dan mereka bekerjasama sekali lagi dalam Thugs of Hindostan. Malah, isteri Amir Khan dikatakan cemburu dan tidak menyukai gandingan lakonan suaminya itu bersama Fatima Sana.

Bukan itu sahaja, sebelum ini media tempatan dipercayai telah melihat pasangan ini berpegangan tangan sewaktu berjalan bersama pada sekitar tahun 2016. Bagaimanapun, Amir Khan dan Fatima Sana masih belum lagi memberi sebarang kenyataan berhubung kontroversi yang menghimpit mereka.

Hasil perkahwinan Amir Khan dengan Kiran Rao telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Azad Rao Khan yang baru berusia 9 tahun. Sebelum ini, Amir Khan telah mendirikan rumah tangga bersama Reena Duta yang merupakan seorang penerbit manakala Kiran Rao merupakan isterinya yang kedua.

Sumber: Newstracklife

SKIP THIS AD ×