berita

Bau ‘Busuk’ Ketika Rawat Remaja 15 Tahun Alami Pendarahan Bongkar Penemuan Janin Berulat

June 30th, 2020 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Keadaan sesak di ruang pesakit di dalam sebuah hospital berubah ‘seram’ dengan kehadiran seorang remaja perempuan. Pakaian pesakit perempuan berusia 15 tahun itu dipenuhi dengan darah, dalam keadaan kusut masai dan rambut panjangnya tidak terurus. Suasana menjadi terkejut apabila doktor Muhammad Izzat mendekatinya dan bertanyakan mengenai keadaan pesakit itu. Setelah melihat ‘isi’ di dalam beg pesakit didapati…

Labour room memang penuh

Pada malam peristiwa ‘seram’ itu, Doktor Izzat sangat sibuk dengan kehadiran pesakit ke hospital. Dia perlu mengendalikan pesakit dengan beberapa masalah termasuk kes kehamilan.

Remaja 15 tahun period tak henti

Pada malam berkenaan, ruang pesakit di hospital itu sangat sesak dengan kehadiran pesakit. Sementara itu, Doktor Izzat mendapat panggilan ke jabatan kecemasan yang melibatkan kes seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami period tak henti-henti.

Ruang PAC bau pelik

Setibanya pesakit berkenaan tiba di ruang PAC, muncul pula bau yang ‘aneh’ dan tidak disenangi staf bertugas. Staf mula bertempiaran meninggalkan ruang tersebut, takut kemunculan ‘makhluk’ atau ‘gangguan’.

Doktor Izzat cuba mendekati pesakit remaja berkenaan dan melihat keadaannya dipenuhi dengan darah. Dia cuba menanyakan beberapa soalan untuk mengetahui keadaan remaja tersebut.

Ada janin tak bernyawa

Ternyata, doktor ini menjumpai janin yang sudah tidak bernyawa, dalam keadaan uri yang sudah busuk dan berulat dibalutnya dengan surat khabar. Janin tersebut dijumpai dalam sebuah beg yang dibawanya.

Sumber: Muhammad Izzat