Isteri yang baru lepas bersalin perlukan penjagaan dan perhatian yang rapi. Sebagai seorang suami, berikan sokongan moral bagi menguatkan lagi mental dan fizikal si isteri setelah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat yang tersayang. Selain itu, bantu isteri dalam hal penjagaan bayi yang baru sahaja lahir.
Menerusi Facebook Muhammad Taqiyyudin berkongsi kisah di mana dia membawa anak yang baru berusia tidak lebih 5 hari ke sebuah klinik kesihatan untuk mendapat rawatan susulan. Dia hanya pergi berseorangan sambil membawa anaknya tanpa ditemani si isteri. Hal ini kerana isterinya sedang berpantang.
Mana isteri? Tak datang ke?
Menurutnya, semasa tiba di klinik keshatan untuk memeriksa keadaan anaknya yang mengalami demam kuning, dia disapa oleh seorang jururawat yang bertanyakan tentang di mana ibu kepada anaknya. Persoalan dihatinya, adakah perlu untuk membawa isteri yang baru lepas bersalin tidak sampai 5 hari.
Jarang suami bawa anak sorang
Dia turut mendengar perbualan antara jururawat yang memberitahu bahawa sukar untuk mendapat suami yang sanggup pergi ke klinik kesihatan bersendirian tanpa ditemani isteri. Dia turut menyedari bahawa ramai suami yang masih belum menyedari peranan sebagai seorang suami apabila isteri telah melahirkan anak.
Tugas berat seorang isteri
Baginya, dalam tempoh isteri berpantang, isteri sepatutnya menerima layanan yang istimewa. Kesakitan semasa bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat sukar untuk digambarkan oleh lelaki. Suami sepatutnya mengambil alih tugas isteri selepas isteri bersalin. Di situ, suami dapat merasakan bertapa beratnya tugas isteri yang dianggap remeh oleh sesetengah lelaki.
Sumber: Muhammad Taqiyyudin