Viral di laman sosial beberapa hari lepas kononnya pelari Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan atau Acap yang dikatakan sudah dijumpai berada di Johor. Walaubagaimanapun, dakwaan yang tersebar dalam kalangan netizen itu dinafikan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain yang mengatakan siasatan kehilangan Acap masih dijalankan.
Abang Acap, Mohd Zahiruddin membuat kenyataan berhubung khabar angin yang antara lain mendakwa Acap bersembunyi dan sudah dijumpai di selatan tanah air itu.
Keluarga belum jumpa
Menurut Mohd Zahiruddin kepada Harian Metro, mereka sekeluarga masih tidak menemukan Acap dan mengakui ada terbaca dakwaan kononnya adiknya itu sudah ditemui di Johor.
Kalau betul Acap ada di Johor, Alhamdulillah, tapi orang yang sebar tular perlu tampil dan bawa kami sekeluarga ke lokasi Acap di Johor supaya kami tidak perlu mencarinya lagi.
Bawalah kami berjumpa dengannya kalau betul, jangan cuma membuat tular sahaja sedangkan kami dan pasukan mencari masih mencarinya di kawasan dia dilaporkan hilang.
Setakat ini apa yang boleh saya cakapkan benda ini tidak betul kerana kami sekeluarga belum menemuinya.
Tak putus asa
Setakat hari ini, sudah 19 hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan setelah lelaki 28 tahun itu hilang 23 Mac lalu dalam acara larian berkenaan.
Ujarnya lagi, usaha pencarian masih dilakukan hari ini dibantu oleh rakan serta pasukan SAR. Malahan, dia juga berjumpa dengan beberapa agensi untuk membincangkan mengenai kehilangan adiknya itu. Tambahnya lagi, walaupun lebih 2 minggu operasi dijalankan, mereka masih tidak berputus asa.
Sumber: Harian Metro