berita

Bawa Kereta Sport, Raja Ilya Tak Kisah Timbul Gosip Ditaja VIP

June 5th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

OHBULAN!Minumkopi-163

Sejak dua menjak ini, makin rancak pula berita mengenai selebriti tanah air ditaja oleh golongan-golongan VIP. Dah kenapa kan? Takkan sampai begitu sekali kalau tiada job sekali pun.

Terbaru, pelakon yang mempunyai wajah persis pelakon Bollywood, Raja Ilya pula dikatakan mempunyai hubungan dengan VIP hingga mendapat layanan yang istimewa. Kelas gitu!

Tetapi, itu cuma khabar angin sahaja. Namun, kalau difikirkan balik, jika tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang kan? Melainkan ada monyet atas pokok tu.

OHBULAN!Minumkopi-164

Kesempatan bertemu Raja Ilya di majlis Jalan-Jalan Minum Kopi Bersama Selebriti digunakan sepenuhnya oleh kami untuk mengorek sejauh mana kebenaran gosip tersebut.

Menurut Raja Ilya, dia sedar akan khabar angin kurang enak ini dan merasakan semuanya berpunca apabila dia menghadiri satu majlis dengan menaiki kereta sport sambil diiringi hampir 20 buah motosikal baru-baru ini.

Saya rasa saya tahu dari mana datang gosip ini, semua selepas saya hadiri Anugerah Bintang Popular. Ramai yang pelik kenapa saya dapat layanan VIP, kenapa saya digandingkan dengan Aaron Aziz, kenapa saya pakai kereta ala formula one KTM, semua jadi persoalan.

Yang sebenarnya, ia hanya privilege yang saya dapat kerana menjadi duta kepada KTM. Malah, Ilya dapat bawa masuk KTM dalam ABP, jadi siapa yang ada kena-mengena dapatlah layanan sebegitu.

OHBULAN!Minumkopi-104

Kalau nak tahu, Raja Ilya sendiri tak kisah pun bila timbul berita dia ditaja kerana dia sendiri sudah mengagak perkara ini akan berlaku.

Memang ada dengar, tapi tak kisah sebab berita itu tak betul. Saya single lagi. Saya tak kesal pun bila keluar cerita macam ni sebab apa yang Ilya buat sekarang ni, saya dah agak akan ada yang cakap saya kena bela.

Ini semua privilege yang Ilya dapat kerana jadi duta produk. Tak rasa apa-apa pun. Dah jadi public figure ni memang banyak cerita pelik-pelik.

Tak apalah Ilya, jadi selebriti ini, duduk diam pun orang mengata. Tak gitu? Sabar sajalah selagi termampu, asalkan tak ganggu sesiapa terutama rumahtangga orang. Opps!

Apapun, Raja Ilya kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 200 episod dan katanya, drama yang berjudul ‘Cinta Ibadah’ itu akan ditayangkan di Astro.

SKIP THIS AD ×