berita

Bawa Watak Wanita Solehah, Nasha Aziz Taja 12 Pasang Kasut Pelakon Wanita

April 7th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Nasha Aziz DBLK-2

Diam tak diam, rupanya sudah lebih 25 tahun pelakon cantik ini berada dalam industri hiburan tanah air. Memulakan kariernya sebagai seorang model, Nasha Aziz boleh dikategorikan sebagai pelakon senior Malaysia.

Selain menjalani kehidupan sebagai anak seni, Nasha juga kini giat menjalankan perniagaannya, BornRichReka yang mana memberi fokus dalam bidang hiasan dalaman dan juga penghasilan kasut custom made.

Nasha ketika ditemubual di sidang media teater Di Bawah Lindungan Kaabah (DBLK) itu memberitahu bahawa dia bakal menyumbangkan 12 pasang kasut kepada pelakon wanita dalam teater tersebut.

Nasha Aziz DBLK-4

Nasha Aziz bawa watak wanita solehah bernama Zainab

Uniknya, Nasha yang juga merupakan teraju utama dalam teater tersebut berkata bahawa setiap pasang kasut yang direkanya mengambil inspirasi daripada simbolik watak-watak dalam teater itu.

“Saya sendiri yang mereka setiap kasut tersebut daripada ukuran saiz, pemilihan warna. Namun, penghasilan kasut ini lebih fokus kepada kehendak pengarah dan skrip. Bukan untuk fesyen. Maka, tidak bolehlah saya reka ikut perasaan saya sendiri.”

Nasha Aziz DBLK-1

Barisan pelakon yang menjayakan teater Di Bawah Lindungan Kaabah

Dalam pada itu, Nasha menceritakan bahawa sebenarnya dia agak kecewa dengan watak Zainab yang dibawanya dalam DBLK.

“Kisah ini sebenarnya lebih memenuhi tuntutan kebudayaan ciptaan manusia daripada agama. Maka, di situ wujudnya perselisihan antara budaya dan agama dan akhirnya menjurus kepada kehancuran masyarakat.

Zainab ini sebenarnya adalah mangsa kepada segala budaya yang dicipta oleh manusa. Sebagai manusia biasa, sepatutnya segala tuntutan yang lain tak boleh lebih daripada agama.”

Untuk makluman anda, teater DBLK ini akan mula dipentaskan di Istana Budaya pada 9 hingga 18 Mei depan. Antara barisan pelakon lain yang turut sama menjayakan teater ini adalah Adi Putra, Yasmin Hani, Zahid, Elfira Loy, Dafi dan ramai lagi.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×