Roti antara sumber karbohidrat popular yang dijadikan sajian hidangan seisi keluarga. Selain enak dimakan begitu saja, roti juga boleh dipelbagaikan cara hidangannya. Antara yang menarik, anda boleh mencuba resipi roti goreng Cadbury meleleh ini. Memang sedap!
Inti guna coklat Cadbury
Melalui perkongsian oleh Khairunnaim5 di laman Twitternya, resepi roti ini menggunakan inti coklat Cadbury yang sangat mudah disediakan. Kalau anda nak tahu, cara penyediaannya sama seperti menu ais krim goreng dan bezanya hanyalah intinya sahaja.
Bahan-bahan
- Roti
- Coklat jenama Cadbury
- Minyak masak
Cara-cara
1. Apa yang perlu korang buat adalah ambil sekeping roti dan potong Cadbury itu kecil-kecil sederhana dan letakkan ia di atas roti.
2. Kemudian, selepas meletakkan potongan Cadbury diatas roti, ambil lagi satu roti dan selimutkan atau tindih ia bersama sama Cadbury.
3. Jangan lupa, sediakan cawan atau bekas bulat untuk buat bentuk roti yang ideal! Selepas Cadbury diselimutkan atau ditindih di atas coklat tadi, ambil cawan sila tekapkan! Pastikan ditekap kuat sehingga 2 keping roti tersebut bercantum.
4. Seterusnya, masa nak digorengkan. Pastikan minyak panas, kalau tak nanti roti serap minyak. Tak perlu goreng terlalu lama, sekadar dalam 30 saat sahaja! Kalau goreng terlalu lama nanti hangus.
5. Siap!
Sumber: Khairunnaim5