berita

Bayaran Untuk 30 Orang Sudah ‘Langsai’, Ogy Tak Pernah Lepas Tangan Bayar Hutang

January 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, seorang penulis skrip teater tampil mendakwa pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud, masih belum melunaskan baki bayaran projek teater Korupsi Dewan Semandung.

Artikel Berkaitan : ‘Nak Lari Ke Mana Saya Ini?’ – Ogy Janji Bayar Duit Tunggakan Khir Rahman

Menerusi laporan Berita Harian, Ogy memberitahu bahawa dia sudah membaca luahan Aloy Paradoks termasuk komen yang ditulis oleh netizen yang rata-ratanya menghentam tanpa mengetahui cerita sebenar.

Hutang wajib dibayar

Saya memang tak muat naik apa-apa mengenai isu bayaran tertunggak sejak isu ini kecoh. Jika buat bayaran, saya lebih suka membuat secara senyap-senyap. Tak perlu nak hebahkan dalam media sosial, lagi pun, itu bukan cara saya. Sejujurnya, saya tak pernah rasa takut, tergugat atau jatuh reputasi hanya kerana luahan dan komen ditulis netizen. Ini kerana saya sudah mengotakan janji, sebelum ini. Saya tak pernah lepas tangan. Bagi saya, hutang wajib dibayar dan saya berusaha menjelaskannya walaupun belum habis sepenuhnya.

Tak perlu nak memperbesarkan kerana tidak membawa sebarang manfaat. Mungkin Aloy selesa dengan cara sebegitu iaitu dengan menyerang saya dalam media sosial. Terpulanglah pada mereka nak buat apapun. Saya tetap dengan cara saya, malas bersoal jawab dalam media sosial. Macam Aloy, saya sudah menjelaskan bayaran sebanyak 80 peratus. Ada baki 20 peratus sahaja lagi. Seperti ditegaskan sebelum ini, saya bukanlah seorang yang suka nak hebahkan soal bayaran dalam media sosial. Cuma, saya ada menyalurkan maklumat mengenai pembayaran kepada peguam untuk direkodkan

Menurut Ogy, dia tidak pernah lari untuk membayar hutang dan akan berusaha untuk menyelesaikannya. Tambahnya, dia tidak akan menghebohkan kepada umum sekiranya dia melakukan pembayaran kelak. Ujarnya lagi, dia mengambil pendekatan untuk memaafkan sesiapa sahaja, biarpun ada yang cuba menjatuhkan reputasinya.

Guna wang lakonan dan bisnes

Ogy turut mengakui bahawa dia berhutang dengan 34 orang. Daripada jumlah tersebut, bayaran untuk 30 orang sudah dilangsaikan sepenuhnya. Jadi, hanya tinggal empat sahaja lagi yang saya masih dia berhutang. Jumlah hutang tersebut juga tidak banyak ujar Ogy.

Terdahulu, Ogy berkongsi kisah bahawa dia menggunakan wang hasil lakonan dan pendapatan daripada bisnes untuk menyelesaikan semua hutang yang tertunggak. Dia juga berusaha sedaya upaya untuk mencari pembekal bagi memasarkan produk makanan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×