berita

Bayi 18 Bulan Dirogol Ahli Keluarga Sendiri Saat Ibu Bapa Keluar

September 24th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Tergamaknya seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarga sendiri merogol bayi yang baru berusia 18 bulan. Walau bagaimanapun, suspek berusia 19 tahun itu telah ditahan di bawah akta Kanun Keseksaan India dan Perlindungan Kanak-kanak dari Kesalahan Seksual (POCSO) 2012 selepas ditangkap sekitar 110 kilometer daripada tempat kejadian.

Ibu bapa tiada kat rumah

Menurut laporan, bayi berusia 18 bulan didakwa telah dirogol di rumahnya sendiri dan kemudiannya polis berjaya menangkap mangsa sekitar 110 kilometer daripada tempat kejadian pada hari Sabtu lepas. Sejurus kejadian ibu kepada mangsa terus melaporkan kepada pihak polis.

Menurut  Superintendan Polis Shiv Kumar Singh insiden itu berlaku pada waktu malam ketika ibu bayi berkenaan keluar untuk membeli sayur-sayuran, manakala bapanya pula belum pulang dari tempat kerja.

Ketika wanita itu pulang, dia mendapati bahawa bayinya itu berada dalam keadaan tertekan dan terus bergegas membawanya ke hospital. Dilaporkan, bayi itu berada dalam keadaan stabil.

Polis memaklumkan tertuduh telah ditahan di sebuah kampung di Katangi Jabalpur, Madhya Pradesh. Kisah itu membuatkan ramai netizen sedih dengan nasib bayi tersebut.

Nafsu binatang

Elok humban dalam kandang

Sumber : Indiatoday

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×