berita

Bayi 19 Bulan Maut Selepas Terjatuh Dari Tingkat 5 Bangunan

December 2nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Di Sabah, seorang bayi perempuan yang baru sahaja berusia 19 bulan maut apabila terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan.

Menerusi laporan Berita Harian, kejadian malang yang menimpa bayi itu berlaku di Jalan Bundusan, Penampang petang semalam.

Sedang bermain dengan abang

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa dibawa oleh ahli keluarganya untuk makan di sebuah restoran yang berada di tingkat lima bangunan berkenaan.

Jelasnya, mangsa dikatakan bermain bersama abangnya di lorong jejantas yang mana ia masih dalam pembinaan bagi menghubungkan bangunan bersebelahan.

Bagaimanapun malang tidak berbau apabila ketika sedang leka bermain, mangsa tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat lima bangunan itu.

Ketika bermain dengan abangnya, mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat lima bangunan berkenaan.

Meninggal dunia

Susulan daripada kejadian itu, keluarga mangsa membawa bayi malang itu ke wad kecemasan Jesselton Medical Centre (JMC), namun dia disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke JMC untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Beliau bagaimanapun berkata, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Berita Harian, Sabah Post

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×