Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan disahkan maut selepas terkena renjatan elektrik di Bengaluru, India.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menangis & Bibir Membiru, Bayi Berusia 3 Hari Nyaris Maut Lepas Diberi Minum Air Kosong
Kunyah wayar pengecas
Memetik laporan Gulf News, bayi yang bernama Sanidhya Kalgutkar itu dipercayai maut selepas mengunyah wayar pengecas mudah alih.
Menurut pihak polis, pengecas mudah alih itu dibiarkan dalam keadaan disambungkan ke soket tanpa dimatikan suis.
Bayi tersebut yang pada awalnya hanya memegang kemudiannya disahkan maut terkena renjatan elektrik kerana mengunyah pin wayar pengecas mudah alih tersebut.
Menyedari perkara itu, ahli keluarga dengan pantas membawa Sanidhya ke hospital daerah namun, pihak hospital gagal untuk menyelamatkan mangsa.
Pihak polis kini membuka kertas siasatan dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian mangsa.
Sumber: Gulf News