berita

Bayi 9 Bulan Didakwa Lemas Dalam Baldi Selepas Aktiviti ‘Memancing’?

July 26th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut selepas ditemui lemas di dalam baldi sebuah taska di Shah Alam. Penjaga taska didakwa telah lupa menutup pintu tandas menyebabkan mangsa merangkak masuk ke dalam baldi berisi air.

Menerusi laporan Harian Metro, polis mengesahkan siasatan awal mendapati pemilik taska dan tiga lagi pengasuh menjalankan aktiviti ‘memancing’ di dalam bilik bersama 10 anak asuhan lain sebelum menyedari mangsa hilang.

Lemas sebab memancing?

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memberitahu kejadian disedari pengasuh selepas aktiviti bersama anak asuhan lain apabila bayi ditemui dalam baldi dengan keadaan kepalanya ke bawah.

Pemilik taska kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Desa Jalan Kebun untuk mendapatkan rawatan. Pada jam 2.30 petang, ibu mangsa berusia 37 tahun dihubungi pemilik taska supaya segera ke Klinik Desa Jalan Kebun kerana mangsa mengalami kecemasan.

Tambah Baharudin lagi, ibu mangsa yang merupakan ibu tunggal baru 10 hari menghantar bayi ke taska berkenaan dengan bayaran RM300 sebulan.

Mangsa anak tunggal pengadu yang juga warga Indonesia akan dihantar pada 7 pagi sebelum wanita itu, juga seorang ibu tunggal ke tempat kerja di sebuah kelab golf di Kota Kemuning.

Taska itu terletak di tingkat dua bangunan lot kedai dua tingkat dan beroperasi sejak Disember 2018, dipercayai tanpa lesen.

Ada tiga pengasuh perempuan wanita tempatan berusia antara 18 dan 22 tahun di taska yang menjaga seramai 25 bayi dan kanak-kanak berusia antara sembilan bulan dan tiga tahun. Hanya mangsa yang berusia bawah setahun.

Ketika kejadian, dilaporkan hanya 10 anak asuhan dijaga dan premis dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengenalpasti punca kejadian dan sama ada berlakunya kecuaian.

Pemilik taska ditangkap kira-kira jam 10 malam tadi (semalam) untuk siasatan lanjut dan perintah reman akan dipohon pagi ini.

Mangsa disahkan meningggal dunia pada jam 4 petang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Hasil bedah siasat juga mendapat tiada kesan sebarang kesan penderaan fizikal terhadap mangsa.

‘Rayyan tunggu ibu di syurga’

Menerusi Facebook, pihak pengurusan jenazah menceritakan kembali suasana pilu ketika memandikan jenazah bayi tersebut. Suasana bertukar sayu apabila ibu mangsa tidak dapat menahan sebak.

Suasana suram menyelubungi semua unit sukarelawan ketika menguruskan jenazah bayi berusia 8 bulan tadi. Rasa sayu,sedih apabila melihat jenazah bayi itu didepan mata dengan kesan jahitan hasil dari proses bedah siasat.

Apabila jenazah dibuka untuk dimandi,unit sukarelawan masing masing tergamam melihat antara satu sama lain. Ada yang menahan air mata kerana si ibu menangis sambil berulang kali menyebut “Rayyan tunggu ibu disyurga”, “tunggu ibu ye nak disyurga”.

Ada diantara unit sukarelawan yang menekup muka seperti tidak sanggup melihat situasi antara si ibu dan anak. Tiada ungkapan sesuai boleh diungkap melainkan SEBAK!

Seperti yang dimaklumkan kepada unit sukarelawan ketika ditemu bual, beliau menghantar bayi lelakinya ke tempat rumah penjagaan kanak kanak berbayar berhampiran rumahnya di Jalan Kebun Shah Alam.

Beliau dimaklumkan oleh pihak pengasuh bayi lelakinya telah meninggal dunia kerana lemas didalam baldi dibilik air tempat anaknya diasuh dan dijaga.

Hati ibu mana yang boleh menerima berita kematian sebegitu?

Bagaimana anak yang sepatutnya dijaga rapi oleh pihak pengasuh boleh lemas didalam baldi dibilik air?

Si ibu memberitahu pihak rumah penjagaan kanak kanak itu menyatakan pintu bilik air tidak berkunci ketika kejadian berlaku.

Ada kecuaian yang dapat dilihat sebagai punca kerana bayi berusia 8 bulan begitu perlu dijaga dengan rapi oleh pengasuh.

Jika pengasuh peka dan aspek penjagaan diutamakan, bukan sahaja kematian tetapi situasi kecederaan juga tidak akan berlaku.

Kes kematian bayi yang diuruskan oleh pihak unit khas van jenazah telah pun dalam siasatan pihak polis. Kami sendiri berharap KEADILAN dapat ditegakkan jika berlaku faktor kecuaian dari pihak pusat penjagaan kanak kanak itu.

Biarpun bayi ini telah pergi kerana sudah tertulis, biarpun ajal maut ditangan tuhan, keadilan akibat kecuaian jangan dipandang remeh.

Jika ada kesilapan dan kecuaian..

Tindakan paling tegas wajar dikenakan bukan sahaja kepada pengasuh tetapi kepada pemilik pusat penjagaan kanak kanak tempat bayi ini mati.

Ini juga melibatkan NYAWA ANAK ANAK & KEPERCAYAAN ibu bapa lain yang mempunyai anak anak dipusat penjagaan itu. Jangan hanya kerana memandang duit orang lain yang perlu menanggung kesedihan!

Oleh kerana si ibu adalah dari golongan ibu tunggal unit kami memikul segala amanah yang terletak diatas bahu untuk membantu.

Amanah yang diberi kepada unit sukarelawan unit khas van jenazah telah ditunaikan sebaik mungkin. Dari khidmat mandi, kafan, solat jenazah sehingga bacaan talqin dilaksanakan sendiri oleh unit sukarelawan tanpa sebarang bayaran!

#PRAY_4_ADIK_RAYYAN
#HIDUP_DEMI_ISLAM_MATI_KERANA_ALLAH
#SKUAD_FISABILLAH_VAN_JENAZAH
#SPJM_UKVJ_VJPT

Sumber : Harian Metro , Unit Khas Van Jenazah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×