berita

Bayi Baru Lahir Dibuang Tanpa Seurat Benang

August 15th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Di Indonesia, seorang bayi perempuan ditemui masih bernyawa atas kerusi dapur tanpa seurat benang.

Artikel Berkaitan: Mayat Bayi Ditemui Budak Lelaki 10 Tahun Bawah Blok Apartmen

Bayi masih diselaputi darah

Menurut laporan Detik News, seorang wanita bernama Sasmito, 36 menemui bayi yang masih diselaputi darah diletakkan dengan hanya beralas sebuah topi berwarna coklat muda di atas kerusi.

Pada pukul 4.30 pagi ketika hendak solat subuh, terdengar ada suara tangisan bayi di belakang rumah. Kemudian setelah diperiksa ternyata ada bayi berjantina perempuan dalam keadaan masih hidup dan tanpa sehelai penutup kain di tubuhnya dengan beralaskan sebuah topi dan diletakkan di atas kerusi.

Ketua Polis Ibu Pejabat, Rudy Widianto berkata bayi tersebut dipercayai baru saja dilahirkan lebih kurang tiga jam sebelum dijumpai oleh jiran tetangga.

Susulan itu, pihak polis masih menjalankan siasatan. Manakala, bayi tersebut dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Sumber: Detik News

SKIP THIS AD ×