Seorang bayi baru lahir disahkan menghidap Covid-19 selepas dipercayai dijangkiti dari rahim ibunya. Jurnal perubatan Sweden Dagens Medicin melaporkan kes itu sebagai kes pertama yang diketahui di Sweden.
Dijangkiti semasa hamil
Memetik laporan The Local, Ketua Pediatrik dan Perawatan Neontal Elisabeth Olhager memberitahu Dagens Medicin bahawa bayi tersebut kemungkinan dijangkiti semasa tempoh kehamilan dan bayi tersebut kini dirawat di Hospital Universiti Skane, kota selatan Malmo, Sweden. Menurut Dagens lagi, bayi tersebut tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan Covid-19 di mana ibunya sah positif covid dari tempoh sebelum melahirkan lagi.
Kes jarang berlaku
Terdapat lebih banyak kelahiran di wilayah Stockholm dan di tempat lain di mana ibu dijangkiti tetapi tidak ada penularan seperti itu, sejauh yang saya tahu
Menurut Olhager lagi, rutin di hospital tidak perlu diubah walaupun penyakit itu dipindahkan dari ibu ke bayi. Walaubagaimanapun, dalam konteks antarabangsa kes seperti ini jarang berlaku dan melalui satu kajian di Britain melalui Jurnal Perubatan Lancet Child & Adolescent Health menyaksikan 116 wanita hamil positif covid. Malah, tiada yang menyebarkan penyakit itu kepada anak di dalam kandungan.
Sumber : The Local