berita

Bayi Dipercayai Didera Di Tempat Asuhan, Hasil X-Ray Nampak Kesan Retak – ‘Video CCTV Banyak Hilang…’

September 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Afzan Ikka Wan Nurul

Harapkan pegar, pegar makan padi! Itulah peribahasa yang sesuai digunakan buat seorang pengasuh yang didakwa berlaku ‘kejam’ kepada seorang kanak-kanak kecil. Kisah ini diceritakan oleh seorang ibu dikenali sebagai Afzan Ikka Wan Nurul menerusi satu hantaran di Facebook.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sampai Mati Aku Tak Maafkan’ – Wanita Terkilan Anak Didera Pengasuh, Guna Botol Susu Dah ‘Berkerak’

Artikel Berkaitan: Remaja Sindrom Down Disyaki Didera Di Rumah Kebajikan, Satu Badan Penuh Luka & Parut Ketika Diselamatkan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Konon Gangster Sepak Kereta Orang, Sekali Kena ‘Bantai’

Perkongsian tersebut secara tidak langsung membangkitkan amarah dalam kalangan warganet yang turut mengecam tindakan pengasuh itu.

Rasa tak sedap hati dekat office

Foto: Afzan Ikka Wan Nurul

Wanita ini menceritakan pada mulanya dia berasa tidak sedap hati ketika berada di pejabat dan mengambil keputusan untuk menghantar pesanan kepada guru bagi bertanyakan keadaan anaknya yang dikenali sebagai Melissa. Jawapan pendek yang diberikan secara tidak langsung membuatkan wanita ini berasa lega pada awalnya.

So okay la tapi hati still dok fiikir (sesiapa kalau rasa macam ni balik la terus). Duk tunggu jam pukul 5 nak balik. Then masa balik amek Melissa dia menangis je. Saya nampak bertanda pada mata dia belah kiri. Bila tanya just cakap berebut mainan dengan baby 10 bulan.

So kami pon okay la balik ja sebab biasa la baby dah besar kan lasak. Dalam kereta pula belek-belek Melissa nampak kesan jari pada muka kanan dia. Tak sedap hati suruh husband text tanya cikgu dia. Cikgu cakap tu kesan tidur atas playmat je. Nanti hilang la. Masa ni tak perasan kaki dia lagi. Malam tu dalam bilik ajak dia tateh dia tak nak jejak kaki kanan dia.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, apabila kanak-kanak ini meraung menangis apabila disuruh berjalan untuk bermain. Cemas dengan apa yang terjadi, pasangan ini mengambil keputusan untuk membawa anak mereka ke klinik bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Kita orang pergi klinik **** doktor tak berani nak buat apa-apa and suggest kita orang pergi x-ray kaki Mel. So malam tu cari klinik untuk x-ray tak ada tutup. So balik la sebab dah lewat Mel dah tertidur. Penat menangis seharian.

Pergi buat pemeriksaan x-ray

Foto: Afzan Ikka Wan Nurul

Pada hari yang berikutnya, wanita ini bertindak membuat panggilan di dua klinik bagi melakukan pemeriksaan x-ray namun, kedua-dua klinik tersebut tidak menawarkan perkhidmatan tersebut kepada kanak-kanak kecil.

So kami pergi emergency dekat ******* untuk details x-ray. Then kami pun tanya berkenaan muka Melissa dokor dekat situ pun cakap memang kesan pada muka Melissa. Nampak kesan jari.

Btw result x-ray keluar keesokan harinya. Pakar kanak-kanak advise kita orang suruh buat report polis untuk kes ni. So kami pun buat report polis. Lepas tu polis transfer kami ke IPD jumpa IO. Lepas soal siasat IO minta kami pergi *********** untuk check Melissa.

At last doktor panggil. Yang ni sangat kecewa. Jumpa dengan doktor emergency dia cakap ada bengkak pada kaki Melissa. Then dia transfer ke doktor pediatrik. Then masa ni dia check Melissa. Dia cakap tak ada apa-apa masalah. Bab muka 3 kali saya tanya 3 kali jawapan dia berubah. 1 dia kata kesan jari tampar. 2. Kesan kene tepis toy @ tangan. 3. Dia kata rashes saja. Masa ni banyak kali dia paksa Melissa untuk jalan. Tapi Melissa still tak nak. End up dia buat report cakap dekat ortho cakap Melissa takut nak jalan sebab ramai orang.

Dan dia bagi statement dekat polis kaki Melissa okay tak ada masalah muka Melissa just rashes je. Mana ada rashes bertukar jadi lebam. Punca diaorang tak nak bagi kerjasama sebab malas naik court. Bila pergi ***** dia kata bagi duit lebih untuk ubah statement.

Doktor syak sesuatu

Foto: Afzan Ikka Wan Nurul

Hari berikutanya, pihak hospital membuat panggilan dan meminta pasangan ini untuk datang bagi mengambil keputusan x-ray anak mereka.

Bila husband sampai sana. Jumpa dekat pakar x-ray dia explain kata kaki Melissa retak bahagian tibia Melissa. Doktor suggest pergi buat simen cepat. Sebab baby bahaya. So kami pergi la ******. Masa pergi sini kami tak ada buka mulut langsung tak ada cerita pun berkenaan kes Melissa.

Tapi doktor tu suspicious sangat dengan keadaan Melissa. Dia sendiri cakap ni bukan jatuh ni kesan lain ni. Dia siap buatkan kami surat untuk suruh kami buat report polis and dia cakap kalau sayang anak encik dan anak-anak lain buat la report.

Memang terbukti dia ada buat kasar dekat baby. Dan tak ada bukti yang dia kasar pada Melissa sebab IO play video skip skip. Cuma ada bukti dia lempang baby 10 bulan tu dan amek baling baby tu. IO just cakap dia tak ada kena mengene dengan kes tu sebab parent tu takde report. Dan record CCTV tu banyak hilang.

Tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi, pasangan ini bertindak melihat rakaman CCTV dan melihat anak mereka menangis seharian.

Dalam CCTV tu 1 minit je Melissa minum susu pastu 1 minit makan dan petang beberapa saat minum air kosong. Memang dia sangat kasar dengan anak-anak syurga tu. Dia baling tuala atas muka Melissa, dia tutup muka Melissa masa tidur alasan sebab silau padahal tak ada cahaya pun kat situ. Lepas Melissa mandi pukul 8 langsung Melissa tak berdiri dia baring dan menangis sahaja.

Dan muka Melissa yang kata tidur atas playmat tu pun tak betul. Melissa tak ada tidur atas playmat pon. Memang luluh hati tengok 8jam Melissa menangis. Penat menangis tidur. Kesian anak mummy. I’m sorry Melissa.

Sumber: Afzan Ikka Wan Nurul

SKIP THIS AD ×