berita

‘B*bi Paling Lawa’ – Penyanyi Kpop Warning Rakyat Malaysia Ejek Nama Di IG

June 4th, 2020 | by faris
Isu & Kontroversi

Beberapa tahun lalu, ucapan hari jadi penyanyi Dua Lipa yang memanggil bapanya ‘babi’. ‘Babi’ bermaksud ayah dalam bahasa Albania. Terbaru, seorang ahli kumpulan nyanyian Kpop, turut menerima nasib hampir sama. Alahai BBNU Malaysia..

Nama jadi bahan gelak

Ruang komen dipenuhi dengan komen pengguna Instagram Malaysia yang meninggalkan komen dalam Bahasa Melayu menjadikan nama penyanyi itu sebagai bahan gelak. Malahan, ada yang memberi cadangan supaya Babi menukar nama pentasnya hanya kerana nama itu memberi maksud tidak baik di Malaysia.

Babi merupakan salah seorang anggota kumpulan Fly With Me yang mempunyai 10 orang ahli. Mereka membuat kemunculan pertama sejak Jun 2019 menerusi lagu Your Face.

Tuju pos khas untuk rakyat Malaysia ejek nama

https://www.instagram.com/p/CA8hRBrHl2E/

Terkilan dengan komen tidak sepatutnya diterima, Babi membuat satu pos khas ditujukan kepada netizen yang tidak berhenti membulinya di laman sosial itu. Babi juga memberi amaran untuk block dan report mereka yang berdegil meninggalkan komen mengejek namanya selepas ini.

Rakyat Malaysia yang ke sini untuk mengejek nama saya kena tengok pos ni. Kenapa anda semua buat macam ni pada saya? Sebab nama saya jadi bahan lawak? Kelakar ke semua ni? Saya tak berminat dengan bahasa anda, jadi saya tak kisah apa maksud nama saya dalam bahasa anda.

Saya tak tahu negara anda dan tidak mahu tahu langsung selepas ini. Kalau benda sama (ejekan) berlaku di pos saya, saya akan report dan block akaun anda. Hentikan sekarang. Terima kasih kerana membantu saya.

Sumber: Babi Fly

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×