Cantiknya all New Proton Persona ni. Untuk peminat kereta sedan yang sedang mencari kereta baru tu, meh tengok ni. Kalau korang nak tahu, banyak features yang hebat tentang kereta Proton kali ni tau.
Kereta ni dikatakan sebagai budget-friendly first car yang bersifat Modern, Stylish, Sporty. Woww!
Kali memang Proton is making a huge come back. Jom ketahui apa keistimewaan Proton Persona yang baru ni!
1. Ada iras-iras Proton Iriz dari depan tapi berbentuk hatchback
Gempak seh Proton Persona baru ni!
Untuk Proton Persona baru ni mereka keluarkan beberapa spek tau iaitu Standard MT, Standard CVT, Executive CVT dan juga Premium CVT. Tapi jenis enjin untuk semua spek ni sama je, so basically sama power la. Huhu
Fuel Supply System, bore and stroke, displacement (cc), max. Output [kW(hp)@rpm], max. Torque
[Nm(kg-m)@rpm] pun sama untuk semua specs Persona ni. Fuel consumption pun all the same cuma Standard MT je beza sikit. Saving tau!
2. Harga mampu milik untuk semua golongan. Betul beb!
Harga kereta ni memang affordable sangat! So korang dah boleh start berjimat untuk memiliki Proton Persona ni, sangat worth it dengan all the features yang ada.
Persona 1.6 pricing list:-
Standard MT – RM 46,800.00/Metallic & RM 46,350.00/Solid
STANDARD CVT – RM 49,800.00/ Metallic & RM 49,350.00/ Solid
EXECUTIVE CVT – RM 55,800.00/ Metallic & RM 55,350.00/ Solid
PREMIUM CVT – RM 59,800.00/ Metallic & RM 59,350.00/ Solid
Ha, affordable and very reasonable kan?! Single pun dah boleh beli tau. Konpem! Sedan pulak tu, memang berbaloi sangat la. Hehe
3. Interior & Exterior yang akan menawan hati korang!
Colour yang available untuk Proton Persona baru ni ada pelbagai tau. Antaranya Graphite grey, Camelian brown, Fire red, Sterling silver, Cotton white dan juga Midnight black. Semua colour sexy giler! Rasa macam nak beli semua colour je huhu.
Choice of colour untuk interior ada dua jenis iaitu:-
Dual-Tone, Matt Black Finish
Dual-Tone, Titanium Chrome Finish
Upholstery fabric dan leather. Mengikut pilihan korang. Untuk features exterior pulak ada Rear Fog Lamp, Front Sensor, Reverse Sensor untuk all specs!
4. Enjin yang lebih baik dan penggunaan minyak yang lebih jimat!
Proton Persona kali ini dikeluarkan dengan kuasa enjin yang lebih baik dan iainya berkuasa 1.6L 4 Cylinder DOHC 16V VVT untuk semua specs!
Untuk Fuel Supply System dengan MPI (Multi Point Injection), Bore & Stroke (mm) 76.0 X 88.0, Displacement (cc) untuk all specs adalah 1,597. Fuyoo! Berbaloi beb miliki Proton Persona kali ni.
5. Ciri-ciri keselamatan yang superb!
Korang tau tak, safety features The All New Persona kali ini ditingkatkan lagi tau! Gempak gila weyh. Kalau yang rushing nak pergi kerja ke apa, korang boleh lah speed sikit-sikit tapi jangan la sampai langgar speed limit. Hahah!
Konpem safe with all these safety features! Proton upgrade kaw-kaw kali ni. Wahhh!
ABS with EBD
Brake Assist (BA)
Electronic Stability Control (ESC)
Traction Control (TC)
Hill-hold Assist
Front Airbags
Side Airbags (untuk Premium CVT edition sahaja)
Curtain Airbags (untuk Premium CVT edition sahaja)
ISOFIX & Top Tether
Dual Pre-tensioner Seat Belt
Immobilizer (with alarm system)
Reverse Camera (untuk Premium CVT edition sahaja)
Ingin miliki The All New Proton Persona? Kereta jenis sedan tapi harga sangat berbaloi dan mampu milik!
Klik di link ni untuk maklumat yang lebih lanjut! http://www.newpersona.proton.com/