berita

Beby Tora Kena Hina Lagi, Netizen Dakwa Tak Jaga Pemakanan Punca Tak Dapat Anak – ‘Kalau Mentua Dia Masih Ada Mesti Dalam Hati Sedih’

October 19th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Personaliti media sosial Beby Tora cukup dikenali dengan video reviu makanan. Pernah diasak dengan soalan anak, kali ini Beby Tora menerima komen berbaur hinaan daripada netizen.

Artikel Berkaitan: Wanita Menangis Ditanya Netizen Tak Teringin Ke Nak Anak Ketika Sesi Live IG

Selekeh kuat makan

@bebytoratoraReply to @mitty123450 nak tau beli mana rempah oden tu,tngok ja ig bebytoratora? Into Your Arms (feat. Ava Max) – Witt Lowry

Kalau mentua dia masih ada mesti dalam hati sedih dan malu menantu selekeh kuat makan. Patut tak ada zuriat, tak jaga pemakanan.

Itu ayat yang ditulis oleh individu yang tidak berperikemanusiaan menerusi video Beby Tora sedang menikmati maggi oden. Pendedahan itu dibuat menerusi akaun aplikasi TikTok miliknya.

Rasa down & sedih

Menerusi hantaran berbeza, Beby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie akui berasa sedih apabila sering menerima komen negatif. Katanya, dia enggan mengambil pusing kerana tahu ramai yang memberi sokongan namun timbul juga rasa insecure dengan diri sendiri.

Saya dapat komen negatif juga tapi biasa saya buat tak hairan. Tapi adakalanya saya rasa insecure dengan diri kita, rasa macam tak mampu nak bagi yang terbaik untuk suami kita.

Sebab sampai sekarang kita masih tak mengandung lagi. Kadang-kadang kita okey sebenarnya sebab keluarga dan followers support kita.

Bila kerap baca komen negatif dan tak elok..jadi down, sedih. Orang tak tahu kita sedih seorang diri. Lagi sedih orang yang terlalu ambil tahu pasal saya.

Komen kat saya, ‘sebab makan banyak fast food sebab tu tak boleh pregnant’, ‘badan besar sangat sebab tu tak boleh pregnant’. Kadang-kadang saya rasa orang tak patut pun cakap macam tu.

Dalam pada itu, Beby Tora berharap agar individu tersebut menjadi lebih sensitif dalam isu anak kerana mereka tidak faham perasaan dirinya dan juga wanita yang senasib.

Sumber: TikTok @bebytoratora

SKIP THIS AD ×