Upacara pembakaran mayat pelakon terkenal Thailand Tangmo Nida yang sepatutnya dilakukan pada Isnin telah ditunda secara rasmi.
Artikel Berkaitan: Enggan Ditemu Bual Media & Tak Kisah Bab Duit, Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Barang Kenangan – ‘Bird Ambil Bantal, Patung & Kucing’
Artikel Berkaitan: Keluarga Tak Dibenar Sertai Proses Solek Tangmo, Pakar Forensik Cakap Sukar – ‘Jasad Akan Menghitam & Menjadi Kering’
Artikel Berkaitan: Teman Lelaki Nangis Bawa Cincin Kahwin, Nak Minta Forensik Sarung Dekat Jari Tangmo – ‘Mo Aku Berikan Padamu, Jom Kita Bernikah’
Tunda bakar mayat
Ibu kepada Tangmo iaitu Panida Siriyudthayothin mengarahkan forensik untuk memindahkan mayat Tangmo ke Institut Pusat Ilmu Forensik.
Perkara itu dimaklumkan Panida menerusi peguam keluarga Tangmo, Kritsana Sriboonpimsuay pada Ahad.
Saya telah menyerahkan dokumen kepada penyelidik di Ibu Pejabat Polis Daerah 1, meminta mereka untuk membekukan tubuh sebelum memindahkan mayat ke Institut Pusat Ilmu Forensik.
Keluarga Tangmo yakin terdapat luka pada tubuh Tangmo dan ingin mengetahui punca kematian.
Bedah siasat kali kedua mayat Tangmo diutarakan oleh aktor dan petugas penyelamat yang bernama Ekkapun. Ekkapun adalah individu pertama yang melihat mayat Tangmo sejurus dikeluarkan dari sungai.
Katanya di sebuah program televisyen, wajah Tangmo seperti terkena pukulan benda keras, ada luka di mata kanan dan beberapa gigi patah.
Selesai dalam tempoh kurang 30 hari
Sementara itu, pengarah Institut Sains Forensik Pusat Kementerian Kehakiman iaitu Pol Kol Songsak Raksaksakul berkata institut itu akan menubuhkan panel untuk menjalankan bedah siasat kali kedua dan mengarahkan doktor dari institut lain untuk sertai.
Mayat Tangmo akan disimpan di Hospital Universiti Thammasat dan pemeriksaan semula dijangka selesai dalam tempoh tidak kurang daripada 30 hari.
Ada bukti CCTV baharu
Selain itu, Pesuruhjaya Wilayah Polis Wilayah 1 Pol Lt Jen Jirapat Phumuchit turut menemukan bukti baharu iaitu rakaman video CCTV diambil dari tepi bangunan sungai Chao Phraya yang menunjukkan ada individu berdiri dan duduk di belakang ketika bot laju dipandu sebelum Tangmo terjatuh ke dalam sungai.
Bagaimanapun, Lt Jen Jirapat tidak menyatakan sama ada orang yang dilihat dalam rakaman itu adalah pelakon tersebut dan siasatan lanjut akan diteruskan.
Rakaman itu menunjukkan seseorang berdiri dan duduk di bahagian belakang bot laju pada 10.34 malam pada 24 Februari sebelum aktres itu terjatuh ke dalam sungai.
Bukti ini sangat berguna kerana ia akan membantu penyiasat untuk mendapatkan kejelasan berhubung kes ini. Katanya lagi, polis akan meminta bantuan pakar berkaitan untuk membantu meningkatkan kejelasan rakaman dan memeriksa koordinat GPS bot laju.
Untuk rekod, mayat Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas hilang pada malam 26 Februari dipercayai lemas. Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.
Sumber: Bangkok Post