
Pelakon Beego, memberi respon terhadap dakwaan isteri iaitu aktres Linda Hashim yang dikatakan kecewa dengan sikapnya.
Artikel Berkaitan: ‘Mana Bapa Anak-Anak Ini? Enjoy Boleh, Tapi Duit Makan Mereka Diabaikan’ – Linda Hashim
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beego Sertai Tabligh, Netizen Sayu Lihat Wajah – ‘Nampak Muka Dia Penuh Kesedihan’
Kenyataan Beego

Menerusi hantaran di Facebook, Beego memuat naik sekeping foto bersama tiga orang anak perempuannya.
Bagaimanapun, di hantaran yang sama, pemilik nama Aszerul Nizam Abdullah itu meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan Linda sebelum ini.
Janganlah buat kenyataan aneh-aneh hanya sebab nak glamour, tak tahu apa niat sebenarnya.
Tak bagi, langsung tak bagi. Culas, bagi tapi tak konsisten. Bagi, tiap-tiap bulan bagi.
Isteri yang sah tapi tak diberi nafkah.
Selain itu, pelakon berusia 45 tahun tersebut turut meminta Linda untuk kembali taat kepadanya.
Kalau isteri baliklah ke pangkuan suami.
Kalau isteri, mana boleh keluar rumah sembilan bulan tanpa izin.
Sukar komunikasi

Dalam masa yang sama, Beego juga mendakwa dia sukar untuk berhubung dengan isterinya berikutan telah disekat hampir di semua platform komunikasi.
Kalau isteri kenapa suami tak pernah dapat berkomunikasi? Kenapa suami kena block di semua medium kecuali Facebook. Itu pun tak berbalas soalan dan pertanyaan khabar.
Kalau betul isteri yang sah, mana tanggungjawab awak sebagai isteri?
Isteri takkan aibkan suami dia.
Bagaimanapun, pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja tersebut tetap terbuka untuk memohon maaf.
Memaafkan dan ingin mempertahankan demi membalas kebaikan dia dan menjaga dia serta anak-anak.
Kalau tak nak kita faham, tapi tak perlu buat macam ini.
Sekadar info, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman awal Januari lalu.
Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.
Linda turut mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Facebook Beego







