Foto: Harian Metro
Pasangan pelakon, Beego dan isteri Linda Hashim mengakui pernah bercerai sebelum ini, namun rujuk semula semasa masih dalam tempoh edah.
Artikel Berkaitan: Beego, Linda Hashim Akui Sudah Bercerai Tapi Rujuk Semula Dalam Tempoh Edah
Artikel Berkaitan: Ada Lagi Pasangan Selebriti Hadir Ke Mahkamah Untuk Bercerai?
Tiada persefahaman
Memetik laporan Berita Harian, pemilik nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah itu menafikan bahawa punca keretakkan rumah tangga dia dan isteri kerana kehadiran orang ketiga berdasarkan dakwaan yang mengatakan Beego selalu menerima kiriman mesej daripada wanita lain.
Punca hubungan saya dan isteri bermasalah sebelum ini adalah tiada persefahaman dan komunikasi. Antara kami banyak memendam rasa perkara kurang disenangi selama hampir 10 tahun berkahwin dan tidak pernah meluahkannya.
Lama-kelamaan, rasa dipendam ini terbuku di hati dan amat menyakitkan. Namun, cubalah cari jalan penyelesaian positif dan profesional kerana sudah mengenali hati budi. Usaha dan cuba selamatkan dahulu.
Mungkin, kalau ada orang ketiga pun, kalian boleh hidup gembira bersama. Cuba doa yang baik-baiklah. Tapi, saya tak mengharapkan perkara itu (orang ketiga).
Pelakon berusia 43 tahun ini juga berkata dia dan isteri sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga mereka sebelum bercerai, namun tetap berakhir ke mahkamah.
Insya-Allah kalau ada jalan penyelesaian mesti dapat keputusan positif, tetapi kalau tiada sekurang-kurangnya sudah usaha dan cuba sebagaimana yang kami lakukan apabila masalah dihadapi berakhir ke mahkamah juga sebelum ini.
Syukur jodoh panjang
Dalam pada itu, pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja itu meluahkan rasa syukur apabila dia dan Linda masih diberikan peluang untuk pemperbaiki hubungan mereka dan dikurnia jodoh yang panjang.
Alhamdulillah, kami antara pasangan yang pergi ke mahkamah dan dapat berbaik lagi. Saya akui memang ada lafaz (cerai), tetapi kami dapat disatukan semula dan ini semua Allah punya kuasa dan doa keluarga.
Saya juga mengharapkan sekiranya pasangan yang sekarang ini banyaklah terkait dengan masalah rumah tangga, cuba selesaikan dan berbaik-baik serta berdoa.
Terdahulu, Beego dan Linda disahkan bercerai talak satu pada 27 Mac dan rujuk semula pada 9 April lalu ketika masih dalam edah.
Kehadiran mereka ke mahkamah secara senyap-senyap sebelum ini akhirnya terjawab apabila kelmarin pasangan ini hadir bersama ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak jagaan anak yang dilakukan oleh aktres itu sebelum ini.
Sekadar info, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.
Sumber: Berita Harian