Gloria Anya Hindmarch
Sekali lagi tambahan baru untuk koleksi Anya Hindmarch yang direka bentuk khas daripada Butter Calf Leather yang paling lembut.
Beg ini menampilkan elemen kebersihan, garisan grafik dan poket yang dilabel pada setiap ruang-ruang untuk semua cebisan.
Kukuh dengan zip berumbai yang tersembunyi di setiap beg, beg ini juga menampilkan poket luas di bahagaian hadapan dan dipadankan dengan kunci ‘enamel’ yang terdapat pada beg tersebut.
Diperbuat daripada Butter Calf Leather paling lembut dan berlapik dengan fabrik logo diwujudkan secara eksklusif bagi menyerlahkan lagi personaliti si pemakai.
Keaslian kulit yang digunakan menampilkan keunikan pada setiap cebisan yang diperincikan.
Terdapat 2 warna iaitu Satsuma (merah) dan Midnight (biru).
Fiorelli Othello Orange Shopper Bag
Ringkas tetapi bergaya dengan beg ‘tote fiorelli’ yang memberikan penampilan bersahaja.
Fiorelli Othello Orange Shopper Bag menampilkan rona warna merah keorenan yang mampu menyerlahkan personaliti berani dalam penggayaan.
Ruangan luas beg ini amat memudahkan si pemakai untuk memenuhi setiap ruang yang ada.
Saku luar berenda emas juga menampilkan ciri-ciri kemewahan dalam kesederhanaan dengan kancing zip di ruang dalaman.
Beg Fiorelli ini juga secara tidak langsung menjadi pelengkap gaya untuk kehidupan seharian.
Rocket Dog Plaited Shopper
Buat wanita yang gemar bergaya, tampil ‘chic’ dan comel dengan beg Rocket Dog yang menjanjikan kepuasan kepada pencinta beg.
Jalinan warna pada tali yang terdiri daripada kuning, kelabu dan merah jambu menyerlahkan lagi identiti gadis manja yang sebenar.
Dengan fabrik kain yang lembut, beg yang ringan ini juga sempurna untuk tampil menawan pada musim panas.
Dipengaruhi dengan gaya hidup Californian, beg Rocket Dog dijamin mampu menyuntik semangat feminin kepada si pemakai dengan padanan aksesori yang lain.
Cherington Bag
Tampil menawan dengan mainan warna segar dan berani menonjolkan sifat-sifat elegan dalam diri.
Dengan rekabentuk yang moden dan ranggi, si pemakai mampu kekal bergaya dengan cita rasa tinggi daripada beg ini.
Diperbuat di Itali dari ‘tumbled leather’ yang mewah, memastikan si gadis harus memilikinya di dalam sebuah almari pakaian.
Terdapat 2 rona warna yang mampu menarik perhatian si pemakai antaranya ‘Black’ dan ‘Navy’ dengan padanan zip keemasan dan kemasan butang yang mewah.
Sedikit sebanyak, beg ini dapat menyerlahkan personaliti si pemakai untuk tampak lebih menarik.
Autograph Leather Leopard Zip Shopper Bag
Tampil mempersona dengan beg kulit produk rangkaian daripada Marks and Spencer dengan reka bentuk khas menjadi lambang kemewahan dalam penggayaan.
Reka bentuk bercorakkan harimau bintang dengan suntikan rona hitam yang menakjubkan merupakan tambahan kemewahan dalam penggayaan untuk tampil glamor.
Hasil gabungan fabrik kain dan zip dibahagian hadapan memudahkan si pemakai untuk menguasai ruang di dalam beg tersebut.
Koleksi eksklusif ini sedikit sebanyak memberikan insipirasi kejelitaan dan keberanian kepada si pemakai.
Hasil gabungan yang indah, beg ini bakal menarik perhatian apabila dipadankan dengan aksesori yang menarik.