Perumpamaan ‘Rumah Siap Pahat Masih Lagi Berbunyi’ amat kena dengan krisis rumah tangga antara Joey & bekas isteri, Noraini Mohd Nasir. Nampaknya, Joey masih belum terlepas daripada tuntutan oleh bekas isteri walaupun dia sudah melangsungkan perkahwinan bersama Watie, akhir tahun lalu. Dalam perkembangan terbaru, Noraini mendakwa Joey telah mengabaikan nafkah serta melupakan anak angkat, Zidani yang pernah dipersetujui untuk dijaga bersama selepas terlibat dengan hubungan bersama Watie sejak 2 tahun yang lalu. Ikuti cerita sepenuhnya selepas ini.
Memetik kata-kata Noraini daripada laman Beautifulnara, “Dulu, Joey yang beriya-iya sehingga menangis ketika menyambut Zidani di hospital. Kini hanya Tuhan yang tahu beban yang ditinggalkan untuk saya. Siang malam saya bekerja untuk membesar Zidani, kami terkontang-kanting untuk hidup. Amanah Tuhan terus dibuangnya bagaikan sampah!
“Saya hiba setiap hari Zidani akan bertanya ‘kenapa baba tidak balik bekerja?’ Mungkin juga sudah tiba masanya saya mahu memberitahu Zidani, baba sudah mati. Seingat saya hanya RM1,000 duit belanja anak diberikan, itupun kira-kira 2 tahun lalu ketika meninggalkan kami. Sejak itu yuran sekolah, makan minum, pakai dan sakit pening ayah tidak pernah diambil peduli. Sampaikan anak bersekolah di mana pun dia tidak tahu.
“Dua kali Zidani sakit teruk, jangan kata nak datang jenguk, hulur lima sen pun tidak. Joey cakap dengan kawan-kawannya saya tidak memberinya jenguk anak, itu satu pembohongan! Joey pernah terbabit dalam penggambaran berdekatan dengan rumah tidak lama dulu, jangan ingat saya tidak tahu, tapi itupun dia tidak menjenguk anak.
Apa salahnya singgah sekejap, hantar duit RM50 pun tidak mengapa. Takkan saya nak menghalaunya jika dia ketuk pintu rumah nak jenguk anak. Saya pun kasihan pada Zidani, nama ‘baba’ tidak pernah lekang daripada bibirnya biarpun sudah 2 tahun Joey meninggalkan kami.”
Apakah pandangan anda? Patutkah Joey melupakan anak seperti yang didakwa oleh bekas isterinya, atau biarkan sahaja perkara sebegini berlaku?