Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba personaliti media sosial Ananda Natasha mendakwa bekas suaminya yang juga seorang pempengaruh berlaku curang.
Artikel Berkaitan: Andika Putera & Natasha Hadir Ke Mahkamah – ‘Hari Ini Selesailah Urusan Kami’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebuah Cerita Sudah Sampai Ke Penghujungnya’ – Andika Putera
Curang dengan isteri orang?
Menerusi Instagram Story (IG), Nastasha memuat naik tangkap layar perbualannya dipercayai bersama beberapa orang individu yang tidak dinyatakan identiti di aplikasi WhatsApp dan direct message (DM).
Mereka mendedahkan kepada Natasha tentang sikap bekas suaminya yang didakwa curang. Bukan itu sahaja, pempengaruh berusia 27 tahun itu juga didakwa mempunyai hubungan dengan wanita berstatus isteri orang.
Sementara itu, Natasha turut meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan bekas suaminya.
Macam tu ke jalan ceritanya? Tiga tahun awak curang dengan staf, saya masih terima awak, saya tetap jaga aib awak semua.
Tak sanga selicik ini yang awak buat di belakang saya.
Tak cukup dengan staf, bini orang pun sanggup awak sailang. Mana hati dan otak awak?
Mesra di program motivasi?
Dalam pada itu, terdapat seorang individu mendakwa bahawa dia melihat pempengaruh tersebut mesra dengan seorang wanita yang berstatus isteri orang ketika menjayakan sebuah program motivasi.
Bagaimanapun, individu berkenaan mengambil tindakan untuk tidak memaklumkan perkara tersebut kepada Natasha sebelum ini kerana tidak mahu mengganggu urusan peribadi mereka.
Sementara itu, Natasha turut berasa kecewa terhadap sikap bekas suaminya yang didakwa tergamak bermain kayu tiga di belakangnya.
Masa itu agaknya tengah angau cinta terlarang. Ya lah, baru ceraikan isteri, dalam edah lagi.
Kita siap minta tolong dengan perempuan itu suruh pujuk kesian sebab anak, patut lah masa tu kata suami tak bagi ikut campur dah hal saya, rupanya ada udang di sebalik batu.
Terdahulu, desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Natasha dan bekas suaminya dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial.
Sebelum itu, meskipun tidak menyatakan secara terperinci tentang status perhubungan mereka namun rata-rata warganet mendakwa pasangan itu telah berpisah selepas jarang dilihat bersama.
Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.
Sumber: IG Ananda Natasha