berita

‘Tergamam Bila Perbuatan Curang Yang Terang-Terang Berdosa Ini Diakui Begitu Saja’ – Izwan Azir

April 4th, 2024 | by Alia
Kini Trending

izwan

Bekas pembaca berita, Izwan Azir Saleh meluahkan pendapat berhubung kemelut rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Artikel Berkaitan: ‘Air Mata & Lakonan Yang Hebat Boleh Menutup Mata Manusia’ – Ibu Aliff Aziz Tuju Pada Siapa?

Artikel Berkaitan: ‘Orang Macam Tu Takkan Mengaku Salah, Nak Cari Jalan Untuk Twist Supaya Orang Lupa Kisah Mereka’ – Rita Rudaini

Selebriti patut jadi contoh

izwan

Menerusi ciapan di platform X, Izwan tidak bersetuju dengan pendedahan yang dilakukan oleh Bella terhadap kelakuan curang Aliff.

Dalam pada itu, Izwan turut memuat naik keratan artikel sebuah portal hiburan berhubung kenyataan oleh pelakon Wardina Safiyyah berkenaan selebriti tempatan.

14 tahun dulu, Wardina Safiyyah cakap dunia selebriti Malaysia ‘gah pada cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan’. Bila seorang pelakon dedahkan perilaku suaminya juga seorang artis curang bersama 11 orang termasuk adik iparnya, saya tak ada pilihan selain terpaksa setuju dengan Wardina.

Saya macam tergamam bila perbuatan curang yang terang-terang berdosa ni diakui begitu saja. Isteri pun mengaku curang, dan cover balik dengan kata ‘khilaf’. Bukan saya nak kata saya ni baik dan maksum tapi keaiban begini sebenarnya tak boleh dicanang-canang. Agama tak suruh dihebohkan semuanya.

Sementara itu, Izwan menzahirkan kerisauan berikutan isu curang dilihat menjadi fenomena yang negatif ketika ini.

Saya risau benda begini dinormalisasikan. Semua rasa benda tu biasa, yang curang rasa tak ada apa, yang tak curang pula rasa macam tak ikut trend sebab semua boleh curang. Sebenarnya as selebriti, you all mesti beri contoh yang baik.

Bagaimanapun, bekas pembaca berita ini mengakui tidak semua selebriti memiliki sikap seperti itu malah ada di antara mereka yang boleh dijadikan ikutan.

Seperti Wardina akui dalam artikel tu, tak semua artis yang buruk perangainya begini. Ramai juga yang baik. Saya akui. Alif Satar sebagai contoh. Apa yang dia buat ni sekurang-kurangnya bersihkan noda-noda hitam dunia selebriti ni. Tapi kita perlukan ramai orang seperti dia.

Dan sesuai peredaran masa (artikel itu ditulis 14 tahun dulu) saya rasa dunia selebriti sekarang ramai yang dah sedar. Saya kenal malah berkawan dengan sebilangan artis. Ramai yang baik, tidak kontroversi dan ada merit, naik kerana kebolehan, bukan kontroversi. Saya puji mereka.

Kalau nak list out memang berjela. Tapi tengok sahaja contoh dekat saya, sahabat saya Haiza. No controversy. Paknil, Beto, Tokti just to name few. Malaysia, tolong hadirkan lebih ramai selebriti seperti ini. Keburukan akan padam dan kebaikan akan menang!

Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendakwa Aliff telah berlaku curang sebanyak 11 kali.

Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber: X Izwan Azir Saleh

SKIP THIS AD ×