berita

Bekas Isteri Jimmy Shanley Dipenjara 7 Hari

January 28th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

 

imageResize.ashx

Korang masih ingat tak kes hak lawatan anak Jimmy Shanley sebelum ini?

Hari ini, bekas isteri Jimmy, Nursuhaila Eliani Suhaimi telahpun dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari.

Screen Shot 2015-01-28 at 12.44.15 PM

Untuk pengetahuan, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman tersebut setelah Nursuhailah ingkar perintah mahkamah berkenaan hak lawatan dan bermalam anak mereka iaitu Zahrah Rania.

Hakim Syarie Mawardi Che Man memutuskan perkara tersebut selepas menolak tunjuk sebab yang dikemukakan oleh Nurshuhaila.

Bagaimanapun, mahkamah telah bersetuju untuk menangguhkan hukuman itu sehingga jam 4 petang ini bagi membolehkan peguam memfailkan permohonan penggantungan tersebut.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×