berita

Bekas Isteri Tak Ada Masalah Lihat Nedim & Anak Bahagia Dengan Nora Danish

June 19th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-19 at 10.09.30

Tiba-tiba sahaja timbul isu Nora Danish dituduh sebagai perampas suami orang. Mungkin masih ada yang tak tahu bahawa kekasih Nora sekarang iaitu Nedim pernah berkahwin dan memilki seorang anak dipanggil Dre.

Tetapi sejak beberapa hari lepas, Nora tak senang duduk kerana terdapat beberapa individu yang memerlinya di laman sosial dan mempercayai pelakon filem Pengantin Malam itu adalah punca perceraian Nedim dengan bekas isterinya.

Difahamkan, kontroversi ini bermula apabila Nora memuat naik sekeping gambar bersama Nedim dan anak-anak mereka seperti sebuah keluarga bahagia tempoh hari.

Screen Shot 2014-06-19 at 10.11.41

Bekas isteri Nedim, Bee Khan dan anak mereka, Mohamed Nedrin atau Dre

Terbaru, bekas isteri Nedim sendiri yang dikenali sebagai Nabilah Khan memberi penjelasan panjang lebar di Instagram miliknya malam semalam.

Menurut Nabilah atau lebih mesra disapa Bee Khan, dia gembira dengan hubungan Nedim bersama Nora, apatah lagi anak tunggalnya turut bahagia di samping pelakon itu.

Screen Shot 2014-06-18 at 21.39.37

Nedim adalah bekas suami saya dan bapa kepada anak saya. Dia menjalin hubungan dengan Nora Danish untuk jangka masa yang agak lama dan mereka kelihatan sangat bahagia bersama.

Dre juga seronok bila bersama bapanya serta Nora dan anak dia. Sebagai seorang ibu, tak ada apa lagi yang boleh saya minta selain melihat anak saya bahagia dan dikelilingi oleh orang yang menyayanginya.

Dalam pada itu, Bee juga berharap penjelasannya itu dapat memberi pencerahan yang sepatutnya dan berharap masyarakat luar berhenti dari terus memberikan komen negatif.

SKIP THIS AD ×