Akhirnya, ‘Pamela Anderson’ malaysia mengumumkan bakal berkahwin dengan jejaka bernama Mohd Daud McKeinzie pada Mei ini.
Tahniah kami ucapkan kepada Lana dan Daud. Semoga ikatan yang bakal dibina nanti kekal hingga ke akhir hayat.
Tapi, sedang elok kami baca berita gembira ini, terbaca pula komen bekas kekasih Lana. Siapa lagi kalau bukan Johan As’ari.
Semoga Berbahagia -Johan Asaari
Menerusi laporan mStar Online, Johan menerima khabar gembira itu dan turut mendoakan pasangan ini akan menemui kebahagiaan.
Saya mendapat tahu tentang berita Lana bakal berkahwin daripada laporan media dan sebagai lelaki yang pernah rapat dengannya saya gembira dengan berita itu kerana dia menemui cinta sejatinya.
Saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan berharap Lana akan bahagia bersama lelaki pilihannya sehingga ke akhir hayat.
Johan Nak Datang Majlis Perkahwinan Lana
Kata Johan lagi, dia tidak keberatan untuk hadir ke majlis perkahwinan Lana sekiranya ada jemputan untuknya.
Insya-Allah sudah pasti saya akan datang jika dijemput untuk berbuat demikian.
Warghh! Kalau kami, tak mampu noks nak tengok ex bersanding atas pelamin. Apapun, kami tetap doakan Lana, Daud & Johan bahagia dengan kehidupan masing-masing.
P/S: Dengar cerita Lana bakal berlakon filem Hollywood lepas berkahwin. Agak-agak filem apa sesuai untuk Lana ya?