berita

Bekas Menteri India Mengaku Tak Bersalah Dakwaan Rogol Pelakon Malaysia, Paksa Gugurkan Kandungan Sebanyak 3 Kali

June 22nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di New Delhi, India, seorang bekas menteri iaitu M Manikandan ditahan oleh pihak berkuasa tempatan selepas didakwa merogol seorang pelakon wanita filem Tamil yang berasal dari Malaysia.

Mengaku tidak bersalah

Memetik laporan The News Indian Express, bekas menteri itu dipercayai telah bertindak merogol mangsa pada 28 Mei yang lalu. Mangsa berusia 32 tahun itu adalah berasal dari Malaysia telah membuat laporan kepada pihak polis.

Suspek yang merupakan bekas Menteri Teknologi Maklumat di negara tersebut bertindak melarikan diri ke Chennai selepas Mahkamah Tinggi Madras menolak permohonan jaminannya. Dia mendakwa tidak mengenali wanita tersebut dan kehadiran wanita itu hanyalah untuk mendapatkan wang dan mahu merosakkan imejnya sahaja.

Gugur kandungan sebanyak 3 kali

Menurut laporan tempatan, M Manikandan didakwa di bawah beberapa seksyen termasuk Kanun Keseksaan India antaranya merogol, menyebabkan keguguran tanpa persetujuan wanita sehingga mengundang kecederaan, menipu dan ugutan jenayah. Mangsa memaklumkan dia dan M Manikandan telah menjalin hubungan sejak lima tahun lalu dan suspek juga pernah berjanji untuk mengahwininya.

Selain itu, mangsa turut mendakwa suspek telah menyebabkan dia hamil sebanyak tiga kali dan memaksa untuk menggugurkan kandungan tersebut. Bukan itu sahaja, bekas menteri itu pernah mengugut mangsa untuk menyebarkan video dan foto bogel sekiranya pelakon filem Tamil itu enggan meninggalkan India.

Sumber: Harian Metro, The News Indian Express

SKIP THIS AD ×