berita

Bekas Pengacara TV3, Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

August 3rd, 2018 | by Amat
Kini Trending

Personaliti TV dan bekas pengacara TV3, Dato Mahadzir Lokman dikenali dengan kebolehan berbahasa Jepun, Itali dan Perancis. Dia juga diberi kepercayaan untuk mengacarakan pelbagai majlis berprestij di dalam atau luar negara.

Pada September tahun lalu, personaliti TV3 ini pernah koma selepas mengalami komplikasi akibat penyakit darah tinggi dan diabetes yang dihidapinya. Hari ini kita kehilangan permata yang amat bernilai dalam dunia penyiaran.

Meninggal dunia di Sabah

Hari ini, tanggal 3 Ogos Dato Mahadzir Lokman telah pergi meninggalkan kita semua. Beliau yang berumur 61 tahun dilaporkan meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah. Allahyarham meninggal dunia kira-kira 6 pagi tadi. Menurut adik allahyarham, Ida Lokman, keluarga sangat terkejut menerima khabar itu.

Saya kini sedang bergegas ke Kota Kinabalu untuk menguruskan jenazah.

Ketika ini keluarga personaliti itu sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Sumber: Utusan Online

SKIP THIS AD ×