berita

‘Bekas Suami Hanya Beri Perbelanjaan Bulanan Hingga September 2021 Sahaja’ – Bekas Madu Miera Liyana

September 21st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bekas madu pelakon, Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib, mendedahkan perbelanjaan bulanan yang diperuntukkan sebanyak RM15,000 buat dirinya dan anak-anak sebagaimana dijanjikan bekas suami Rosland Othman, mula tidak diterima sejak September 2021 lalu.

Artikel Berkaitan: Walaupun Sudah Berpisah, Suami Miera Liyana Tetap Teruskan Tuntutan Nusyuz Terhadap Bekas Isteri Pertama

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Tahu Apa Kesalahan Diri Ini Sehingga Diceraikan’ – Bekas Madu Miera Liyana

Nak hampir setahun dia kurangkan

Menerusi laporan Harian Metro, Adibah dalam kenyataan di hadapan Hakim Abdul Fattah Kamarudin memberitahu, bekas suami hanya memasukkan jumlah penuh itu selama beberapa bulan selepas berkahwin kali kedua dan kemudian dikurangkan sehingga akhirnya tidak menerima langsung.

Tambah Adibah, dia sentiasa mengucapkan terima kasih kepada bekas suaminya sepanjang wang perbelanjaan bulanan diberikan namun mendedahkan bahawa jumlah tersebut kemudiannya dikurangkan secara tiba-tiba tanpa sebarang alasan.

Masa mula-mula selepas dia (Rosland) berkahwin dua itu, memang bekas suami ada beri perbelanjaan bulanan penuh untuk saya dan anak-anak sebanyak RM15,000 selama tujuh hingga lapan bulan saja. Tapi, apabila nak hampir setahun, dia mula mengurangkan dan akhirnya tidak memberi langsung.

Malah, bekas suami juga mula tidak balik ke rumah saya, termasuk tidak memberi wang perbelanjaan seperti biasa. Dia hanya bayarkan sewa rumah, kereta, air elektrik dan internet saja.

Mengakui dirinya berasa seperti diabai dan sedih, Adibah memaklumkan dia mengambil keputusan membawa diri dan anak-anaknya bercuti pada 24 September 2021 sehinggalah bekas suaminya itu mendakwa dirinya ingkar perintah apabila tidak meminta izin ketika keluar dari rumah.

Sejak saya pergi hotel bersama anak-anak pada 24 September 2021 itu, dia (Rosland) block (sekat) saya daripada berhubung dengannya sampai sekarang serta berhenti memberi duit belanja dan hanya membayar keperluan asas seperti bil serta sewa rumah.

Dia juga akan memberikan perbelanjaan sekiranya diminta oleh anak-anak. Untuk itu, saya ucapkan terima kasih kepada Rosland.

Terdahulu, Adibah diceraikan talak satu oleh Rosland yang juga ahli perniagaan di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 3 Ogos lalu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×