berita

Bekas Tunang Batal Majlis Perkahwinan, Wanita Balas Dendam Beli 400 Barang ‘Online’

February 1st, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang wanita tekad untuk membalas dendam terhadap bekas tunangnya kerana membatalkan majlis perkahwinan mereka dengan sesuka hati.

Artikel Berkaitan: Wanita Gigit Kepala Tikus Sebab Mahu Balas Dendam

Artikel Berkaitan: Wanita Serang Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih, Sempat Baling Tanah Liat Dekat Muka Pengantin

Batal majlis tanpa berbincang

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Detik News, wanita tersebut membalas dendam dengan membeli 400 barang secara atas talian dengan kaedah bayaran secara tunai menggunakan nama dan kad pengenalan bekas tunangnya.

Suspek mengakui berdendam kerana mangsa berjanji untuk mengadakan majlis perkahwinan pada bulan Oktober 2023, namun membatalkan tanpa berbincang dengannya.

Bukan itu saja, suspek yang berusia 21 tahun itu mengaku dia pernah terlanjur dengan bekas tunangnya dan dia terpaksa melayan mangsa walaupun ketika dia berada dalam keadaan tidak sihat.

Keluarga saya dan dia rapat dan pernah melawat antara satu sama lain. Dia berjanji untuk berkahwin dengan saya pada Oktober 2023 tetapi sebaliknya dia menafikannya dan membatalkannya tanpa berbincang.

Saya disakiti oleh kerana dia telah merampas kesucian saya. Ketika itu saya masih sakit tetapi dipaksa oleh mangsa untuk melayan nafsunya, jika saya menolak, dia terus marah.

Walau bagaimanapun, suspek kesal dengan perbuatannya dan memohon maaf di hadapan anggota polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kendal, Komisioner Edy Sutrisno berkata, suspek melakukan perbuatannya sejak September 2023 hingga Januari 2024 dengan motif untuk membalas dendam.

Suspek melakukan perbuatannya sejak September 2023 hingga Januari 2024. Ya, motif suspek adalah membalas dendam terhadap mangsa.

Disebabkan itu, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama 12 tahun atau denda sebanyak Rp. 12 bilion (RM 3,598,549.80).

Sumber: Detik News,

SKIP THIS AD ×