Tahap kesabaran pelakon Zarina Anjoulie terhadap bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey, nampak gayanya makin menipis selepas kecoh pasal hubungan terputus di tengah jalan.
Artikel Berkaitan: ‘Malu Tengok Zarina Anjoulie Pakai Seksi, Remuk Hati Saya’ – Khazrul Elzey
Artikel Berkaitan: ‘Papa Doakan Mama Dapat Orang Yang Lebih Baik’ – Tunang Zarina Anjoulie
Dah malukan anak orang
Menerusi video di TikTok yang direkod oleh @shahaimanirfan, Zarina atau lebih mesra disapa Anju menegaskan dia tidak akan semudah itu memaafkan perbuatan Khazrul.
Ketika siaran langsung (live), Anju mencabar Khazrul untuk datang bersemuka dengan ibu bapa termasuk dirinya bagi menjernihkan kemelut yang berlaku.
Satu mesej dan satu panggilan boleh membetulkannya? Tidak! Ia tidak akan membetulkan keadaan. Jika ingin membetulkan keadaan, jadilah lelaki dan datang ke rumah saya berjumpa dengan keluarga selepas apa yang awak dah lakukan.
Sebab utama saya tak buka mulut, tak buka aib sebab mengenangkan mak bapa awak yang dah tua. Saya sayang keluarga awak.
Saya pun tak nak perangai macam lama. Korang pun tahulah apa saya boleh buat dengan dia. Tapi buat apa kita nak perangai macam itu.
Selepas apa yang awak dah lakukan kepada saya, saya tak akan maafkan semudah itu. Awak nak cakap dengan saya, jadi lelaki sejati dan datang ke rumah kemudian bersemuka dengan mak, bapa dan saya.
Sekarang ini awak dah malukan anak dorang. Cara awak buat macam saya tak ada mak bapa. Awak tahu bapa saya tak suka benda-benda ini. Dia pernah cakap dengan awak. Mak saya pun tak suka. Mak awak paling tak suka.
Haji tak pandai kawal
@shahaimanirfan semoga segala urusan anju dipermudahkan #anju #sad #foryou #fyp #fyp? ? Get You The Moon – Kina
Pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul turut meluahkan rasa kecewa dengan cara Khazrul yang tidak matang mengawal situasi tegang.
Awak ada fikir tak mak bapa kita? Awak umur 45 tahun, dah pergi haji. Awak sepatutnya lebih wiser (lebih bijak). Awak patutnya lebih matang dalam menghadapi situasi ini.
Yang seksi aku, yang tak betulkan aku. Yang gila pun aku. How is that I’m handling this situation better than you. Yang aku bukan hajjah pun boleh kawal situasi ini lagi baik.
Awak kata awak alim, dah pergi haji, umur 45 tahun, awak Datuk Seri merupakan ahli korporat. Patutnya awak kawal situasi ini lagi bagus.
Bukannya buat konten dan tak pasal terpalit dengan bekas-bekas isteri awak. Pasal konten awak, orang lain kena tempias. Sebab itu, saya cakap berhati-hati dengan media.
Dalam pada itu, aktres berumur 35 tahun sekali lagi menegaskan kepada Khazrul untuk tidak lagi menjadikan dirinya sebagai bahan konten.
Buat apa guna saya untuk konten? Tolong berhenti guna saya untuk konten. Berhenti sebut nama saya. Saya akan berhenti sebut nama awak. Kalau orang tanya pun saya akan cakap tak kenal.
Sebelum ini, Zarina menulis kapsyen, ‘Broken (hancur) tapi masih bertahan,’ dengan berlatar belakangkan lagu Elley Duhe, Middle of the Night.
Terdahulu, pada 26 Januari, Zarina memberitahu mereka sudah ‘diikat’, dan sudah menempah baju pengantin dan cincin.
Sumber: TikTok