berita

Bekas Vokalis Westlife Bakal Meriahkan Shout! Awards

November 9th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Shane Filan PC-

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum majlis anugerah Shout! Awards akan membuka tirai dan memberi penghargaan kepada bakat-bakat tempatan yang telah mewarnai industri hiburan dalam sektor muzik, TV & filem, radion serta media sosial.

Bagi mereka yang mengikuti perjalanan Shout! Awards sejak empat tahun lalu, pastinya anda mengakui bahawa majlis anugerah paling hip ini tidak akan lengkap tanpa kehadiran penghibur antarabangsa.

Maka demi memeriahkan lagi majlis penuh gemilang itu, pihak penganjur telah menjemput khas bekas vokalis kumpulan Westlife iaitu Shane Filan untuk membuat persembahan istimewa pada malam ini.

Bersempena dengan album solonya yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat, penyanyi kelahiran Ireland ini akan mengalunkan beberapa buah lagu daripada album tersebut untuk pendengaran penonton yang hadir.

Saya berbangga dengan karier solo yang sudah bermula sejak 2012 dan malam esok saya akan nyanyikan lagu-lagu daripada album baru saya.

Untuk pengetahuan anda, sejak Westlife dibubarkan pada 2012, Shane pernah menghadapi masalah kewangan selama beberapa bulan sebelum membuat keputusan untuk kembali menyanyi secara solo.

Shane Filan PC-7

Malah album terbarunya ini juga memuatkan pelbagai pengalaman pahit manis yang dilaluinya di samping isteri dan anak-anak tercinta.

Semua orang ada masalah dan orang tak berminat untuk mendengar masalah yang kita hadapi. Apa yang saya tahu, saya ada tiga orang anak yang sihat, perkahwinan yang indah dan isteri yang cukup sempurna.

Dan itu semua adalah sebahagian daripada konsep album solo saya. Saya cuba menghasilkan lagu-lagu yang positif supaya pendengar tidak cepat merasa risau bila berdepan sesuatu masalah.

Apapun untuk semua peminat hiburan, jangan lupa saksikan Shout! Awards yang akan disiarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pada jam 8.30 malam ini menerusi saluran hip 8TV.

SKIP THIS AD ×