berita

Belanja Foto Seksi Masa Pergi ‘Short Vacay’, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

December 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon Nora Danish menjadi sorotan perhatian netizen selepas berkongsi foto mengenakan sut berwarna kulit dan ketat ketika mendaki bukit di Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: Berjaya Panjat Bukit, Peminat Pesan Nora Danish Pilih Pakaian Yang Sesuai – ‘Risau Takut Ada Masalah Pernafasan’

Artikel Berkaitan: ‘Please Nora Kita Dah Akhir Zaman’– Belanja ‘Outfit’ Pantai Kena Kecam Netizen, Nora Danish Tutup Ruang Komen

Outfit seksi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Kemudian, diikuti dengan pelakon dan pengacara Nabila Huda apabila memuat naik gambar percutian bersama temannya di sebuah tempat peranginan.

Memuat naik kapsyen ‘short vacay’, Nabila atau lebih mesra disapa Abil mengenakan top berwarna putih yang mendedahkan bahagian dadanya.

Ini bukan kali pertama kerana sejak dari dulu lagi imej seksinya sering diperkatakan ramai.

Netizen saling nasihat

Dua keping foto bersantai di tepi kolam renang itu telah mengundang warganet untuk meninggalkan pelbagai komen di ruangan hantaran tersebut.

Antara yang ditulis adalah meminta anak kepada penyanyi lagend ini, Amy Search untuk menjaga aurat memandangkan statusnya seorang isteri dan ibu.

Selain itu, ada juga segelintir yang memilih menegur dengan cara lembut dan mendoakan agar pelakon drama Kamar Kamariah ini dikurniakan hidayah satu hari nanti.

Sekadar info, Nabila dan Izwan diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Disember 2015. Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan cahaya mata, Keisha Laila yang kini berusia 11 tahun.

Sumber: Instagram @kupu_kupu

SKIP THIS AD ×