Pelakon dan pengacara Janna Nick sering mencuri tumpuan ramai di media sosial. Biarpun dikritik dan dihentam, Janna tetap ‘cool’ dan tidak pernah mempedulikan tanggapan masyarakat.
Berendam dalam buih sabun
Terbaru, Janna sekali lagi mengundang kecaman apabila memuat naik sebuah video berendam dalam ‘bathtub’.
Rakaman tersebut menampakkan wajah Janna, 26, yang dipenuhi dengan buih sabun sambil dirinya menyanyikan lagu terbaru, Gatal.
Video yang asalnya daripada Tiktok itu dikongsikan semula di Instagram (IG) miliknya dengan kapsyen ‘jangan gatal ok.’
Ampunkan dosa kami
Seperti yang dijangka, ternyata perkongsian itu kurang disenangi pengikutnya sehingga ramai yang meninggalkan pelbagai komen.
Rata-rata mula menjadi ustazah dan ustaz ‘segera’ dalam menasihati pelakon tersebut. Biarpun ramai yang tazkirah, ada juga pengikut yang mempertahankan pelakon drama Melastik Ke Hatimu.
Baru dalam bathtub, setakat nampak muka, kepala, rambut dan jari. Bukannya telanjang bulat. Ada kamu nampak dia bogel dalam bathtub tu? Memang mata saya saja yang buta sebab nampak buih sabun ja banyak.
Pemilik nama Nurul Jannah Munir turut membalas komen tersebut.
Terima kasih. Mata orang gatal memang macam tu. Imaginasi terlebih.
Sumber: Instagram @jannanick