berita

Belanjawan 2023: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Sehingga RM2,000 Bakal Disalurkan Kepada Rakyat Malaysia

October 7th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Di Dewan Rakyat hari ini menyaksikan, Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023. Bajet 2023 memperuntukkan sebanyak RM372.3 billion dan memfokuskan kepada 3R iaitu responsif, responsible, reformist.

Artikel Berkaitan: Belanjawan 2022: Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu! 

Artikel Berkaitan: Belanjawan 2021 Diluluskan Selepas Menteri Kewangan Umum Peruntukan Tambahan 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Seperti tahun sebelum ini, rakyat Malaysia amat menantikan pembentangan belanjawan untuk mengetahui insentif dan bantuan yang akan diumumkan oleh Menteri Kewangan pada setiap tahun. Dalam pembentangan Bajet 2023 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera,’ rakyat Malaysia yang terkesan akan diberikan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM7.8 bilion kepada 8.7 juta rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan BKM.

Kerajaan meluluskan bantuan RM2,500 untuk isi rumah yang mempunyai lebih daripada 5 orang anak dengan pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan. Sementara sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 bantuan akan diberikan kepada isi rumah yang mempunyai satu hingga empat orang anak.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan sebanyak RM2500 hingga RM5000, bantuan akan diberikan sebanyak RM500 hingga RM1250 bergantung kepada bilangan anak.

Bantuan buat warga emas

Di samping itu, warga emas yang tidak mempunyai pasangan akan menerima bantuan RM600 bergantung kepada had pendapatan tertentu. Manakala, mereka yang mempunyai pasangan akan menerima RM350. Bukan itu sahaja, tambahan RM500 akan diberikan kepada ibu bapa tunggal.

Akhir sekali, Tengku Zafrul berkata bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bantuan Keluarga Malaysia mencecah RM10 bilion.

SKIP THIS AD ×