berita

Belanjawan 2024: Dana RM160 Juta Untuk Penggiat Seni & Pengecualian Duti Hiburan Persembahan Artis Tempatan

October 13th, 2023 | by Alia
Kini Trending

belanjawan 2024

Peruntukan sebanyak RM160 juta dana yang disediakan oleh kerajaan selain memperkenalkan pengecualian duti hiburan dijangka bakal menggalakkan industri seni Malaysia.

Artikel Berkaitan: Video Mat Kilau ‘Inspired’ Viral, Netizen Puji Dah Macam ‘Real’ Filem

Dana kerajaan

Kerajaan menerusi Belanjawan 2024 mengumumkan manfaat untuk penggiat seni tanah air iaitu sebanyak RM60 juta Dana Kandungan Digital untuk mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata sebanyak RM90 juta Inisiatif Film In Malaysia Incentive (FIMI) bakal diberikan untuk menggalakkan penghasilan filem bertaraf antarabangsa serta RM10 Juta Skim Dana Padanan MyCreative dalam menyokong anak-anak seni untuk penghasilan projek kreatif.

Pengecualian Duti Hiburan

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri juga berkata kerajaan mencadangkan pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, pihak kerajaan juga mencadangkan pengurangan kepada 5% duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusta permainan ‘indoor’ dan simulator juga di Wilayah Persekutuan.

Kerajaan mengumumkan untuk menetapkan kadar cukai pendapatan khas sehingga 10% kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing dan kru filem yang menjalankan penggambaran filem di negara ini. Cukai hiburan bagi persembahan pentas artis antarabangsa juga dikurangkan sebanyak 10%.

Sementara itu, kerajaan berhasrat bakal mengembalikan menganjuran Anugerah Seni Negara (ASN) secara tahunan sebagai penghargaan dan pengiktirafan tahap tertinggi kepada tokoh-tokoh dan penggiat seni, budaya dan warisan tempatan.

Diharapkan industri seni negara selepas ini akan lebih rancak dengan hasil-hasil karya yang ‘outstanding’ bertaraf antarabangsa!

SKIP THIS AD ×