Membeli-belah secara atas talian merupakan satu perkara yang memudahkan ramai orang. Hanya duduk dirumah dan barang akan dipos kepada anda. Pelbagai jenis platform yang boleh anda layari jika ingin membeli-belah secara atas talian.
Tetapi anda haruslah berdepan beberapa risiko jika membeli-belah secara atas talian ini. Seperti yang berlaku kepada kakak Anzalna Nasir ini, baju yang dibelinya dari salah satu web itu tidak seperti yang diharapkannya.
Baju Itu Kotor Dan Berbau
Diana Nasir yang merupakan kakak kepada pelakon terkenal Anzalna Nasir memuat naik story di laman Instagramnya di mana dia terkilan dengan salah satu platform membeli-belah secara maya ini apabila pakaian yang diterimanya sudahpun dipakai.
Kata Diana, setiap kali dia membeli baju dari platform tersebut, pasti ada baju yang kotor dan bau ketiak ataupun bau bekas orang pakai dan ia sangat menjijikkan.
Dia yang menerima pakaian seperti itu menasihati agar orang diluar sana tidak pulang kembali baju yang sudah dipakai. Juga buat platform tersebut periksa barang yang dipulang itu dengan teliti.
Bagi Diana, ini bukan kali pertama dia terkena situasi seperti ini. Beberapa bulan lepas, dia pernah menerima baju yang sudah berpin di bahagian ketiak malah baju juga sudah berada dalam keadaan lusuh.
Kisah Diana ini mula dikongsikan netizen di media sosial kerana menjadi mangsa pembelian baju terpakai.
Sumber : Astro Gempak