berita

Belia Pemalas!? Lelaki Ini Cabar Naikkan Gaji Pekerja 3D Kepada RM1,300 Sebulan.

February 22nd, 2016 | by Mastura
Kini Trending

BELIA PEMALAS

Kebelakangan ini kecoh apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengeluarkan kenyataan mengenai belia. Ditambah pula, dengan komen-komen negatif netizen yang turut menyerang Ikon Belia(anak kepada TPM) gara-gara cuba mempertahankan ayahnya.

Sejak itu ramai yang sudah mula bersuara antaranya generasi Y yang merasakan diri mereka telah dihakimi tanpa sebarang fakta yang munasabah.

Kalau korang pun pernah terlibat dengan kerja 3D mesti sama feeling dengan kawan kita ni. Jom baca sikit komen khas yang dibuat baru-baru ini khusus untuk tampuk pimpinan kita.

Belia Malaysia bukan pemalas, sebaliknya bijak untuk memilih yang setimpal.

Screen Shot 2016-02-22 at 9.31.14 AM

Status yang dimuat naik ini bukanlah bertujuan untuk provoke mana-mana pihak, sebaliknya mengharapkan pihak berwajib merangka sesuatu cadangan itu dengan kajian yang lebih mendalam supaya impak yang bakal diterima tidaklah membebankan rakyat sendiri.

Graduasi menganggur juga perlukan kerja

Screen Shot 2016-02-22 at 9.31.32 AM

Realitinya ramai yang telah menamatkan pengajian tapi masih mencari pekerjaan yang sesuai yakni setimpal dengan jurusan yang diambil sewaktu di pusat pengajian dulu, meskipun kalau korang biasa akan dengar dialog seperti “sekarang ni, kerja jangan memilih sangat”, kau kerja je dekat sana tu walau gaji kecil pun jadilah yang penting boleh hidup”, dan macam-macam lagilah.

Kerja-kerja juga, HUTANG harus dibayar (bagi yang pinjam PTPTN). Jadi kalau gaji, kecil macam mana nak buat pusingan duit untuk itu ini.?

Cabaran disahut, mohon ada yang mendengar.

Screen Shot 2016-02-22 at 9.32.03 AM

Setimpal maksudnya berbaloi dengan apa yang dikerjakan. Bukan apa, kalau nak cakap risiko semua bidang kerja ada risiko bezanya tinggi atau pun tidak tahap risiko tu.

Pada pandangan kami perlu ada orang yang merangka dan meneliti tahap gaji bidang kerja sebab kesanya luas sehinggakan boleh meningkatkan kadar jenayah. Bukan sesuatu jenayah tu dikira mengikut negara tapi individu dan latar belakang seseorang itu sendiri. Kalau tak ada duit ada yang sanggup merompak dan kadang-kadang buat kerja yang terkutuk.

Tapi apa pun sedar diri, sedar ruang dan jangan bikin huru-hara. Kami hanya berkongsi bukan melagakan mana-mana pihak.

Sumber: Facebook Nurul Atieqqah Nadia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×