Sebelum ini, chef selebriti terkenal iaitu Chef Wan berkongsi berita sedih mengenai pemergian bekas isterinya. Bekas isteri Chef Wan menghembuskan nafas pada bulan Mac 2020 akibat kegagalan buah pinggang dan diabetes.
Terbaru, Chef Wan menerusi laman Instagramnya meluahkan perasaan istimewa ditujukan kepada arwah bekas isteri yang telah bersamanya ketika masing-masing berusia 22 dan 19 tahun. Tambahan, ramai memuji sikap profesional dan tanggungjawab chef selebriti itu kerana membelikan sebuah rumah dan sentiasa beri nafkah setiap bulan.
Kesudahan kami sangat beremosi
With my late ex wife beraya di Sungai Koyan with my mother di dalam kenangan. She is by nature a kind, sweet, gentle person. But we were so young when her insanely jealous behaviour had destroyed our 4 years marriage. As we were not compatible i decided to end up the marriage.
It was a painful ending for both of us emotionally. But i never blame her for that as i understood that she had come from a very poor family life dan jarang bergaul dengan orang. Her life dari kecil is pretty much house work as she come from a family of 14th children. Many also died at early age.
Chef Wan memuatnaik foto keluarga kecilnya bersama dengan arwah bekas isteri dan truut berkongsi kapsyen meluahkan kerinduan. Dia menyifatkan bekas isterinya itu seorang yang baik, lemah-lembut dan manis. Akibat perasaan cemburu, hubungan rumah tangga mereka yang terjalin selama 4 tahun berakhir dengan tiada keserasian.
Chef Wan juga tidak menyalahi bekas isterinya. Hal ini kerana latarbelakang isterinya itu berasal dari kampung dan kurang bersosial dengan kenalan yang lain. Dia berasal dari keluarga besar yang mempunyai seramai 14 orang adik-beradik. Kebanyakan mereka juga menghembuskan nafas di usia muda.
Tak sampai hati nak melepaskan dia
Until today i still believed the insecurity and immaturity that had brought our marriage down. Understanding what she has gone through life hati saya tak sampai untuk melepaskan dia macam itu sahaja tanpa menjaga kebajikan beliau. So, i made a promised on the day i divorce her in front of the Kadi in Kuang that i will not ruin her life but to care for her welfare sehinggalah ke hujung nyawanya sampai ke liang lahat itu.
Ikatan perkahwinan mereka adalah telah diaturkan oleh nenek dan ayah kepada Chef Wan sendiri. Ketika itu Chef Wan berusia 22 tahun manakala bekas isterinya berusia 19 tahun. Malah, sehingga ke hari ini Chef Wan kesal dengan sifat tidak matang yang didakwa menjadi punca kerosakan rumah tangga mereka.
Oleh kerana memahami liku-liku yang pernah dilalui bekas isteri, Chef Wan bertanggungjawab untuk melepaskan bekas isterinya itu di depan Tok Kadi dan dipulangkan ke pangkuan keluarga.
Chef Wan juga berjanji untuk menjaga kebajikan bekas isteri meskipun mereka sudah tiada apa-apa ikatan sebagai suami dan isteri.
Tak nak hidupnya melarat
So i have kept that promised for 33 years. May be i have a lot of compassion and empathy for her and tak nak hidupnya melarat apa lagi beliau adalah ibu kepada anak-anak saya. After that we seen to be better as friends and she respected me and valued me more for always being there for her. I bought her a 3 bedroom apartment just 2 minutes walk on the next block where my penthouse is and every month i make sure she gets RM5,000 or more for her food allowances while i took care of her home, I.D, clothing, travels etc.
Chef Wan juga telah membelikan sebuah rumah jenis apartment yang memiliki 3 bilik tidur dan hanya berjalan kaki 2 minit ke blok sebelah di rumah bekas suami. Malah, setiap bulan Chef Wan juga memberikan sejumlah wang sebanyak RM5,000 atau lebih untuk elaun makanan dan sebagainya.
Sumber: Chef Wan