Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah akui bersedia sekiranya diberikan watak sebagai ‘penyondol’ dalam mana-mana naskhah yang bakal dibintanginya kelak.
Artikel Berkaitan: Peminat Cari Pasal Petik Nama Afifah Nasir, Bella Astillah Tenang Minta Netizen ‘Move On’
Artikel Berkaitan: ‘Daddy Can’t Wait To See You Sayang…’ – Aliff Aziz Pulang Ke Pangkuan Bella Astilah & Anak-Anak
Watak penyondol
Memetik Harian Metro, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia juga mahu mencuba watak tersebut memandangkan ia benar-benar wujud dalam kehidupan realiti sebenar.
Kalau ada tawaran watak itu saya akan menerimanya sekarang. Saya okay saja untuk melakonkan watak itu sebab mahu tahu apa yang mereka (penyondol) rasa? Seronok ke?
Bukankah hidup sebagai ‘penyondol’ menjadi tidak tenang dan berasa takut?
Saya percaya setiap watak yang dijayakan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk menjadi lebih bagus dalam bidang lakonan.
Saya berharap dapat peluang melakonkan watak jahat yang mampu mencabar lakonan sedia ada selepas ini.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz itu berkata, dia juga sudah bersedia dengan sebarang komen balas daripada penonton seandainya membawakan watak berkenaan.
Jika penonton berasa benci ia disebabkan lakonan saya melakonkan watak terbabit benar-benar menjadi. Bila bergelar pelakon kita akan cuba apa saja watak yang diberi.
Dari situ kita akan melalui pengalaman. Kalau tak buat, sampai bila-bila kita tidak akan melalui proses terbabit.
Pun begitu, kata ibu kepada dua cahaya mata itu, dia akan sentiasa meminta nasihat dan pandangan suaminya sebelum menerima sesuatu tawaran berlakon.
Begitu juga dengan Aliff, kami sama-sama berkongsi. Aliff pun akan tanya pandangan saya kalau dapat tawaran. Jika sebelum ini kami buat keputusan sendiri.
Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff diuji dengan kehadiran orang ketiga selepas aktor tinggi lampai itu didakwa menjalin hubungan dengan aktres Sophia Albarakbah.
Sumber: Harian Metro