Pelakon, Bella Dally mengakui tidak pernah kehilangan nikmat berumah tangga mahupun tertekan dengan soalan mengenaikan cahaya mata.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Masih Berada Di Negeri Selangor’ – Bella Dally Nafi Berbasikal Rentas Negeri
Artikel Berkaitan: ‘Tak Hormat Langsung’ – Guna Gambar Kahwin Lama Jadi Prop, Bella Dally Terkilan
Rezeki dikurniakan zuriat
Meskipun perkahwinan bersama suami, Arif Izuddin hampir memasuki tahun keempat, namun pelakon kelahiran Kota Kinabalu ini masih belum dikurniakan rezeki zuriat. Bagaimanapun, isteri kepada seorang ahli perniagaan ini enggan menjadikan hal itu sebagai alasan untuknya hilang nikmat bahagia bersama suami tercinta.
Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun ini menjelaskan dia dan suami sentiasa berfikiran positif tentang cahaya mata selain percaya pada setiap rezeki yang ditentukan Ilahi buatnya.
Belum lagi sampai rezeki cahaya mata untuk saya. Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk kami suami isteri.
Dalam masa sama, Bella meluahkan rasa bersyukur apabila kedua-dua belah keluarganya memahami perkara itu serta tidak pernah mempersoalkan perihal anak sehingga boleh mengganggu fikirannya. Malah, Bella juga mengakui dirinya sentiasa berdoa agar dikurniakan rezeki untuk bergelar ibu.
Saya bersyukur baik keluarga saya mahupun belah suami, mereka tidak pernah mendesak atau bertanyakan tentang cahaya mata kerana memahami.
Sama seperti pasangan lain juga, saya akui sentiasa berharap dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.
Sekadar info, pemilik nama Nabilah Ali Dally ini mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Arif Izuddin Mohd Radzali pada 30 Mac 2019.