Pelakon Puteri Sarah akui rakan baiknya, Bella Astillah masih berada dalam fasa terkejut selain masih cuba menerima kenyataan perceraiannya dengan penyanyi, Aliff Aziz.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Tak Ambil Pemandu, Sanggup Hantar Anak-Anak Ke Sekolah – ‘Itu Adalah Nyawa Aku, Tak Boleh Kalau Jadi Apa-Apa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Terhutang Janji Dengan Puteri Sarah, Bukanlah Buang Anak Sokong Menantu’ – Patimah Ismail
Bella masih bersedih
Ketika ditemui OhBulan! sidang media drama Polis Peronda terbitan Skop Productions di Sri Pentas, pada Khamis, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata, Bella kini sedang menyesuaikan diri dengan kehidupannya sebagai ibu tunggal.
Masa kami berjumpa, Bella masih dalam fasa terkejut dan sedang menyesuaikan diri.
Dia masih sedih dan tak boleh menerima kenyataan tetapi mencuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang sebab ini kali kedua dia bercerai. Paling sedih bila mengenangkan nasib anak-anak.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia juga ada memberi kata-kata semangat dan nasihat buat Bella atau nama nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah agar terus kuat demi anak-anak dan keluarga.
Bersimpati dengan nasib yang menimpa Bella, Puteri Sarah berjanji untuk sentiasa membantu dan berada di sisi sahabatnya itu dalam apa jua keadaan.
Saya berbeza, sudah hilang rasa sedih sebab sudah lama ‘move on’. Saya katakan pada Bella, apapun berlaku, saya sentiasa ada di sisinya
Tetapi saya nak dia tahu, saya sentiasa ada di sisi untuk menyokongnya. Sekiranya dia perlukan bantuan jangan malu untuk beritahu saya,
Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah bakal membintangi sebuah drama bersiri kepolisan berjudul Polis Peronda bermula pada 28 Jun depan di siaran TV3 sempena ulang tahun ke-40 stesen TV berkenaan.
Selain Puteri Sarah, drama terbitan Skop Productions itu turut menampilkan Shah Iskandar, Raja Afiq, Ramona Zam Zam, Soffwany Yusoff dan ramai lagi.