Pelakon Bella Astillah tidak tahu menahu mengenai kewujudan wanita bernama Sarah Yasmine yang mengaku kekasih kepada suami aktres berkenaan iaitu Aliff Aziz.
Artikel Berkaitan: Kekasih Gelap Aliff Aziz Dakwa Ruhainies Jadi ‘Mastermind’ Jatuhkan Bella Astillah? – ‘NRF Yang Tolong Untuk Peguam, Driver, Bodyguard’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kekasih Kepada Aliff Aziz Sejak Januari 2024’ – Wanita ‘Spill The Tea’, Kongsi Video Cium Pipi
‘Dia tak tahu’
Ketika dihubungi OhBulan!, ibu kepada Bella iaitu Siti Zarina Astillah berkata anaknya tidak mengetahui mengenai wanita berkenaan termasuk pendedahan yang dilakukannya pagi tadi.
Kata Zarina, Bella sedang sibuk menjalani penggambaran.
Isu apa itu? Dia (Bella) tidak tahu apa-apa fasal itu (pendedahan kekasih Aliff Aziz). Dia tengah shooting.
Sementara itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan Bella tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dihubungi tidak berjawab.
Terdahulu, seorang wanita warganegara Singapura yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan dirinya ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
Menurut wanita terbabit, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.
Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.
Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.