Selain dakwaan melakukan kutipan derma untuk kepentingan peribadi dan menggunakan kisah perkahwinan suami sebagai content (kandungan) demi meraih simpati dan publisiti daripada netizen, Aisyah Hijanah turut didakwa memberhentikan pekerjanya kerana mempersoalkan isu audit syarikat.
Nak tahu siapa bekas pekerja
Menerusi sebuah posting di Instagram, isteri kepada Aliff Teega ini tampil memberikan respons berhubung isu tersebut. Dakwa Aisyah, setakat ini belum pernah ada seorang pekerjanya yang dibuang dalam tempoh 24 jam kerana mempersoalkan audit syarikat.
Pernah ada bekas pekerja yang dibuang tetapi atas isu dalaman pekerja itu sendiri dan bukanlah soal audit yang didakwa page berkenaan. Pekerja tersebut juga telah menerima surat tuntutan atas tingkah laku beliau yang melanggar etika bekerja di dalam syarikat.
Tambah Aisyah, segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak benar sama sekali. Ujar Aisyah, dia sangat berbesar hati untuk mengetahui siapakah bekas pekerja tersebut sekiranya ada.
Berkaitan pembekal tudung, saya berurusan dengan pembekal bukan di Malaysia semata-mata bahkan juga dari luar negara. Selain tudung, kami ada produk lain seperti buku, event dan lain-lain. Hasil keuntungan syarikat juga adalah melalui event yang kami masuk termasuklah dari negara Brunei.
Sumber: Aisyah