Selepas Nourul Depp berkongsi kisah percintaan anak perempuannya, Ayu Nazirah dengan anak lelaki kepada Datin Seri Maria Farida iaitu Mizan Ashley di laman Instagram (IG), rata-rata netizen beranggapan penyanyi dan pelakon itu bakal berbesan.
Artikel Berkaitan: Puteri Sulung Nourul Depp Bercinta Dengan Anak Maria Farida, Netizen Respon; ‘Ayu Kena Tukar Imej Ni’
Baru empat bulan
Menurut Nourul, dia akui terkejut selepas tersebar dakwaan tersebut sedangkan masih belum ada perbincangan sesama keluarga.
Kata penyanyi berumur 44 tahun itu, hubungan cinta Ayu dan Mizan baru saja terjalin sejak empat bulan lalu.
Ayu dan Mizan baru kenal empat bulan. Biarlah mereka kenal-kenal dahulu. Apa yang Allah takdirkan, Insya-Allah kami terima. Doakan yang terbaik saja.
Tak boleh nak komen lebih-lebih sebab baru lagi dan kami terkejut juga yang kata bakal berbesan. Belum ada apa apa perbincangan pun. InsyaAllah.
Bagi mereka masa… mereka yang bercinta, kami mak-mak sokong saja. Asalkan anak-anak gembira dan bahagia.
Mula jatuh cinta semua indah
Dalam pada itu, pemilik nama Noorulhuda Abdul Wahab menasihati anak perempuannya agar mengenali Mizan lebih dekat sebelum membuat keputusan untuk menghalalkan hubungan yang terjalin.
Katanya lagi, hidup berpasangan ini bukan sekadar atas cinta tetapi perlu saling memahami dan menerima kekurangan.
Kenal sebaiknya dulu. Berpasangan ni nak kena adjust macam-macam dari segi karakter dan emosi. Mula jatuh cinta semua indah-indah belaka.
Manusia ada banyak kekurangan. Mesti kena kenal satu sama lain dan ada pemahaman serta penghormatan. Lepas tu boleh berpanjangan.
Cinta saja tak cukup. Harus seimbang karakter, peribadi, pekerjaan (kewangan) mental dan fizikal.
Untuk rekod, menerusi perkahwinan terdahulunya bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah, 23.
Kemudian, Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 9, Raphael, 7, dan Isabella 3.
Sumber: Instagram @nouruldepp