Akma AF3 atau nama sebenarnya Asiahtunakma Binti Abdullah merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Ketika dihubungi oleh pihak OHBULAN! petang semalam, Akma memaklumkan bahawa kini dia dan suami sedang sibuk menguruskan proses untuk berpindah ke rumh baru mereka.
“Sekarang ni saya tengah sibuk nak pindah rumah. Jadi saya nak kena cat dan cari perabot dulu sebelum masuk rumah tersebut. Lepas sahaja kahwin haritu saya duduk dengan mak mertua. Tapi suami sebenarnya dah lama beli rumah, cuma sebelum ini rumah tu kami sewakan orang. Jadi sekarang dah tak sewakan, jadi kami nak duduk rumah tu sendiri la.” ujar Akma.
Menurut Akma lagi, dia dan suami mungkin akan berpindah kerumah baru mereka dalam dua atau tiga minggu lagi. Tambahan pula, sekarang mereka sedang sibuk mencari kelengkapan perabot yang sesuai untuk rumah tersebut.
“Insyallah, dalam dua atau tiga minggu lagi kami akan pindah rumah. Jadi, buat masa sekarang saya tengah cari perabot-perabot yang sesuai untuk rumah saya.”
Dalam sibuk menguruskan proses berpindah rumah, Akma masih lagi sempat menjalankan aktiviti seninya seperti biasa. Di mana, dia masih lagi menerima tawaran menyanyi untuk majlis-majlis rumah terbuka.
Memandangkan Akma sudah hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga, jadi OHBULAN! sempat mengajukan soalan, adakah dia kini sudah berbadan dua? Dengan rendah diri, Akma menjawab, dia belum lagi ada rezeki untuk mendapatkan cahaya mata.
“Belum ada rezeki lagi. Tapi saya dan suami tak pernah merancang. Untuk anak pertama, saya tak kisah dapat anak lelaki ataupun perempuan, asalkan anak tu sihat.” ujar Akma dengan sopan.
Untuk perkembangan terbaru, Akma akan menghadiri satu Jamuan Hari Raya untuk Karnival Kesihatan Seremban, pada 8 September ini.
Akama dan suaminya, Farih Hamshi Mohamad Fatmi telah diijab kabulkan pada 30 Jun yang lalu.
Kredit Foto : Akma