berita

‘Belum Apa-Apa Dah ‘Condemn’ Atas Pentas’ – Ropie Kongsi Pengalaman Kerjasama Dengan Pelawak Baharu

June 28th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon dan pelawak, Ropie mendedahkan bahawa dia kurang gemar dengan cara digunakan segelintir pelawak baharu ketika bersama-sama membuat persembahan di hadapan penonton.

Artikel Berkaitan: Ajak Shiro, Ropie & Ilya Mohon Maaf Isu Sindiran Di Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2019

‘Belum apa-apa dah kenakan saya’

Ketika ditemui OhBulan!, Ropie atau nama sebenarnya Zahid bin Tajuddin menceritakan pengalamannya yang pernah bekerjasama bersama seorang pelawak baharu yang dianggapnya sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Ada baru-baru ni tapi saya tak nak sebut nama dialah, pelawak baharu (baharu sangat), belum apa-apa dah ‘bagi’ saya di atas pentas.

Tapi kita ni baru pertama kali jumpa ni (dia dah buat begitu). Lepas itu dia tahu saya melatah, dia cuit-cuit belakang saya. Saya pun macam ‘eh dia ni’. Tetapi saya tak naklah marah kan.

Pada saya pelawak zaman sekarang ni, selamba ja ‘condemn’ saya di atas pentas, dah lah pertama kali jumpa ni. Sekurang-kurangnya kalau dah jumpa banyak kali tu okay, kita faham itu adalah gurauan.

Ropie berkongsi perkara tersebut ketika  ditemui pada malam gala tayangan filem terbitan Datuk Awie yang berjudul Sue-On di GSC Starling Mall, pada Selasa.

‘Saya akan tanya dulu’

Menurut Ropie lagi, meskipun sudah lama berkecimpung dalam arena lawak ini, dia tetap akan meminta izin terlebih dahulu kepada yang lain sebelum melakukan sesuatu jenaka itu di atas pentas.

Saya ni, kalau orang yang lebih tua daripada saya, saya akan hormat sebab saya takut.

Contoh macam saya buat sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK), saya nak main (buat lawak) pasal telinga Ebby Yus ke, kaki Salman ke, saya akan minta izin.

Netizen mungkin tak tahu, tapi saya akan minta izin. ‘Man abang buat macam ni boleh man? Abang minta izin tau’

Kalau dengan Ebby Yus pula, ‘Ebby nanti aku main telinga boleh?’. Saya akan minta izin.

Dalam pada itu, bekas ahli kumpulan Cecupak itu turut mendedahkan bahawa kebanyakkan pelawak yang dikenalinya hanya akan meminta maaf selepas kejadian di atas pentas itu telah berlaku.

Macam saya, sebelum buat saya akan tanya dulu tetapi kebiasaannya (pelawak) yang saya jumpa, bila mereka dah buat baru minta maaf tetapi tidak lah semua.

Tapi itu lah, benda pun dah jadi kan. Tak boleh kata apa lah. Tapi setakat ini tak ada lagi yang saya jumpa (pelawak) yang minta izin terlebih dahulu.

Tak tahulah orang lain macam mana tetapi macam saya, saya memang takut nak buat lawak ‘body shaming’ dan sebagainya.

Sekadar info, Ropie merupakan salah seorang pelakon dalam filem pertama terbitan penyanyi tersohor negara, Datuk Awie yang berjudul Sue-On. Menerusi filem seram komedi yang akan ditayangkan di pawagam pada 6 Julai ini, Ropie membawakan watak sebagai Missnin.

Selain Ropie, antara pelakon yang membintangi filem ini termasuk Datuk Awie, Reen Rahim, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×