berita

Belum Check Twitter – Aaron Aziz Tak Terkejut Jika Kemenangan Jadi Isu

May 26th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

ABPBH2013LR-BACK-9

Siapa disini sempat menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) Sabtu lalu? Pastinya anda semua sudah tahu bahawa pelakon kacak Aaron Aziz telahpun dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2013.

Namun, masihkah anda ingat mengenai kontroversi kemenangan Aaron pada ABPBH 2011 yang lalu apabila Zed Zaidi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kemenangan tersebut di laman sosial Twitter.

Bagaimanapun, Aaron ketika ditemui selepas majlis tersebut sedikitpun tidak terkejut jika isu itu dibangkitkan kembali.

ABPBH2013LR-BACK-4

Malah, secara berseloroh dia berkata masih belum menerima apa-apa maklumat dan belum melihat reaksi masyarakat di laman sosial.

Tak tahulah kalau lepas ni, saya belum check Twitter lagi dan tak tengok pun siapa-siapa tweet ke apa.

Kalau nak tahu, Aaron menerima undian sebanyak 76,742 sekaligus menewaskan pencabar terdekatnya iaitu Zizan Razak yang mengungguli senarai finalis untuk lima kategori termasuk dua kategori online.

Tetapi, Aaron menyifatkan kemenangan kali ini tidak dijangka sama sekali kerana persaingan yang amat sengit terutama apabila dia tidak mempunyai filem atau drama terbaru tahun ini.

Itulah yang dikatakan rezeki dan takdir. Saya tak harapkan apa-apa sebab tiada drama dan filem pun tahun ni. Semuanya tertunda.

Bila saya lihat kategori yang lain, semuanya orang baru, rasa macam zaman saya dah berakhir, saya tak rasa tertekan menang atau kalah, sejujurnya saya memang dah bersedia utk kalah.

Pesaing paling sengit ialah Zizan, kerana karier dia terus, filem, pengacaraan semuanya ada. Saya ingat dia atau Shaheizy Sam yang akan menang. Tapi, Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya.

ABPBH2013LR-SHOW-308

Aaron ketika diumumkan sebagai pemenang ABPBH2013

Mengulas pembabitannya dalam industri hiburan di Malaysia, Aaron menasihatkan pelakon baru dari Singapura yang ingin mencari rezeki di negara ini supaya bersungguh-sunggh dan jangan menghampakan peminat.

Kalau tindakan saya ke sini menjadi platform untuk pelakon lain, itu perkara baiklah. Yang penting mereka harus buktikan mereka boleh buat dan kena jaga dan pandai ambil hati peminat-peminat disini.

Dalam perkembangan terbaru, Aaron bakal muncul dalam filem Tembus, arahan Ahmad Idham dan drama Kusinero Cinta bersama Jericho Rosales dan Tiz Zaqyah.

SKIP THIS AD ×